9/4/2022 Al-Fatihah kepada insan pertama didalam rahimku.
1:30am- sakit cramp teruk sangat. Terus call parent utk ke emergency. 2:00am- doctor scan perut and nak buat urine test. Masa saya cangkung nak dapatkan urine, terkeluar seketul darah sebesar bola tennis. Allah 😨 saya terus ambik darah tu dan tanya nurse. Nurse cakap tu blood clot. 3:00am- saya terus ke bhgn sakit puan utk check up. Sakit mcm period cramp tp teruk sangat and tak berhenti. Saya taktahu tu sakit contractions sbb tak pernah pregnant dan beranak. Saya diam dan tahankan saja sakit tu. Bila check, baby dah dekat pangkal rahim 😢 Ya Allah luluhnya hati masatu. Doctor terpaksa keluarkan baby. Saya sedih + sakit contractions + sakit kena robek bhgn bawah 😭 4:30am- Doctor sahkan complete miscarriage dan kena warded sehari utk pemantauan. Sempat tengok baby dalam bekas. Ada kaki tangan mata 🥺 sedihnya rasa. Lepas selesai scan and ambik darah, jalan kaki dari bilik pemeriksaan ke ward. Terbongkok bongkok dah badan sebab rasa sakit + ngilu. Jauh juga berjalan. Parent saya suruh balik rumah utk uruskan bersahur dgn family. 5:30am- sampai katil ward and nak berehat. First time dalam hidup masuk ward. Katil lain semua penuh dgn ibu ibu yg tunggu masa nak beranak. Comel comel perut. Saya sorang sahaja admitted sebab gugur. Semua sedih tengok saya tapi tak apa, at least saya ada pengalaman uruskan diri sendiri sorang sorang dkt hospital. Settle tukar baju, baring baring sambil tengok battery phone pulak tinggal 3%. Alahai dugaannya mcm drama. Video call dengan husband nak bagitahu dah miscarriage 😢 Husband saya dah lah jauh belayar. Line pun ada tak ada tengah laut hmm. Mengharapkan battery 3% tulaa kami video call sambil menangis kehilangan kandungan pertama kami. Semoga Allah gantikan lagi akan datang dengan rezeki baby 😢🤲🏻🤍 saya yakin ada hikmah. Terima kasih ya yang banyak follow kisah pregnancy pertama saya. Yang banyak tolong dan bagi nasihat dalam ni. Yang banyak guide dan bagi tips. Tak ada rezeki saya nak peluk kandungan saya. Sebenarnya, melalui apps ni banyak bantu ibu ibu yang muda, yang baru pregnant, yang mencari jalan penyelesaian and kata kata semangat. Korang banyak sangat sangat membantu. Saya pulak tak ada kawan yg sama umur 25 tahun dgn saya yg mengandung so tak dapat nak bertanya pendapat dgn rakan sebaya. Semua pun tak ada pengalaman. Terima kasih ya 🤍 Ikutkan due date baby keluar 14/11/2022 nanti, tarikh saya dan suami nikah 14/11/2021. Tak ada rezeki saya nak sambut kandungan pertama saya 🥲 tak apa lah, saya dan suami cuba untuk belajar redha. Salam sayang buatmu anakku yang ku namakan Muhammad Aryan Uwais. 🤍 #Myfirstbaby
Read moreTerima kasih sayangku bagi kegembiraan walaupun sementara. Walaupun cuma 3 bulan tapi mama belajar banyak perkara bila mengandung. Untuk lebih menjaga pertuturan, bersangka baik dengan semua manusia, mendekatkan diri dengan Allah. Terima kasih untuk semua tu 🤍 you are my first baby in my tummy and always be in my heart sayang. Al-Fatihah for my unborn baby. I named you Aisya An Nur. #Myfirstbaby
Read more