Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Preggers
Ajar baby minum sudu dlm botol
Macam mna ya nk ajar baby minum susu dalam botol? Baby da 2 bulan umurnya. Mcm2 botol da cuba tp baby tetap reject 🥲
Petanda bayi sudah bersedia untuk merangkak?
Hi mumies. Anak saya 5 bulan 18 hari. Tp dia masih x nak guling kan badan dia untuk tiarap. Tp bila saya buat tummy time. Dia boleh angkat kepala tinggi dan tolak badan dgn punggung dia. Kdg2 tu dia balikkan badan dia sendiri drpd posisi tummy time ke posisi terlentang. Adakah itu petanda dia mula ingin merangkak?
Ruam lampin
Normal ke baby bawah umur sebulan ada ruam lampin. Anak saya ada ruam kat bontot dia. Jadi merah and naik biji2 merah. Najis dia warna kuning cair and ada hijau sikit. Atau pun ni tanda cirit birit?
Mintak pendapat
Saya skrg tgh pregnant 37 week. Saya seorang suri rumah. Suami sahaja yg kerja tp kerja ikut masa sendiri. Kebelakangan ni suami sellau habis kerja awal. Keluar 8 mungkin dlm kul 10 ke 11 akan habis kerja. Tp lepas habis kerja suami x terus balik rumah. Dia akan pergi lepak ngn kawan dia, kekadang pergi jalan2 mana2 je ngn kawan2 dia. Dia akan balik rumah pukul 7 atau pun kdg2 lewat sampai ke 9 malam. Saya rasa boring sgt duduk dekat rumah. Xde kawan nak berborak. Malam rutin dia mmg main game la dari pukul 11 mlm sampai 2 pagi. Lepas tu terus tido. Spend time n berborak pun lepas dia balik kerja sampai la sebelum 11. Itu pun kalau dia x main hp. Selalu nya dia mmg akan tengok hp, ig n youtube. Saya terasa macam dia lebihkan kawan2 dia. Korang semua rasa camna? Saya ke yg cenggeng sgt atau pun asyik nak berkepit? Perlu ke saya faham lumrah dia sebagai lelaki mmg camtu? Atau mmg dia lebihkan kawan dia? Kalau ahad dia cuti pun, kitorang akan keluar berjalan tp dgn kawan2 dia jugak. Mmg x keluar berdua. Tolong bagi pendapat. Tp saya yakin dia mmg xde perempuan lain dan dia setia.
Keluar cecair jernih dan melekit di puting
Hi ibu2 semua. Saya skrg pregnant 36 week. Puting saya ada keluar cecair jernih dan melekit. Agak banyak juga. Apa ya cecair tu? Nak kata susu tp warna dia jernih. Confuse juga ni.
Tolong suggestkan nama
Hi mommy semua. Nak mintak tolong suggestkan nama baby girl yg boleh digabungkan dgn nama medina/ mecca. Husband suka sgt nama medina tp x tahu nak gabungkn dgn nama apa.
Perineum massage
Hi ibu2 semua. Nak tanya ibu2 semua buat x perineum massage dan bila waktu sesuai buat perineum massage ya?
Jom sama2 amalkan doa ni ibu2
Semoga bayi kita sempurna fizikal dan mentalnya. Sama2 kita berdoa 😊
Baby cot perlu atau x?
Hi mummies semua. Saya nk tanya baby cot perlu atau x? Saya nk beli pun mcm 50-50 sbb rmai kata x guna pun. Baby lgi suka duduk dgn mak.
Kelam kabut sehari dua ni
Skrg saya 31 week. Saya x thu la knp jadi kelam kabut. Buat apa semua ada je x kne. Mummy lain ada ke masalah mcm saya ni