Suami Penyayang profile icon
SilverSilver

Suami Penyayang, Malaysia

Contributor

About Suami Penyayang

Papa bear of 1 bouncy magician

My Orders
Posts(6)
Replies(0)
Articles(0)
5 sebab penting mengapa anak perlu diberi vaksin pneumococcal, anda beri tak? 3 min bacaan  Bakteria pneumococcal biasanya akan menyerang kanak-kanak dan menyebabkan penyakit yang serius. Oleh itu vaksin pneumococcal amat diperlukan untuk mereka. Iklan Jika anda lihat senarai vaksin yang perlu diambil oleh si kecil anda, vaksin pneumococcal bukan antara vaksin yang wajib anda ambil untuk anak anda. Tapi tahukah anda tentang kepentingan vaksin ini? Adakah anak anda wajib mengambilnya? Apa itu vaksin pneumococcal?  Vaksin ini merupakan sejenis imunisasi yang diberikan pada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah bakteria pneumococcal yang mudah menyerang kanak-kanak dan warga tua. Bakteria pneumococcal boleh tersebar melalui udara dan menyebabkan batuk dan selsema. Ia juga sangat mudah untuk dijangkiti melalui sentuhan lebih-lebih lagi kanak-kanak. Vaksin pnemococcal: Bahaya bakteria pneumococcal Simptom jangkitan pneumococcal ini biasanya sama dengan batuk dan selsema biasa, jadi ibu bapa jarang dapat mengesan anak terkena jangkitan ini. Menurut MyHealth, penyakit yang boleh dihadapi sekiranya anak terkena jangkitan bakteria ini adalah: Radang paru-paru Meningitis Sinustisis (jangkitan pada hidung) Sepsis (jangkitan dalam darah) Otitis media (jangkitan tengah telinga) Selain dari itu, ia juga boleh menyebabkan kanak-kanak normal terkena masalah kesihatan jangka panjang seperti kecacatan otak, pekak, kehilangan tangan atau kaki, lumpuh, dan juga boleh menyebabkan kematian.  Oleh itu, Kementerian Kesihatan amat menyarankan ibu bapa untuk memberikan anak-anak suntikan vaksin pneumococcal ini kerana ia boleh menjadi pertahanan bagi anak-anak anda dan mampu menyelamatkan nyawa mereka. Iklan Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga telah merekodkan pada tahun 2008, jangkitan pneumococcal merupakan penyebab kematian di kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun dan Asia dan Afrika. Kesan sampingan vaksin pneumococcal Secara keseluruhannya, vaksin ini selamat dan kesan sampingan yang serius jarang berlaku. Kesan sampingan biasa yang boleh dihidapi adalah sakit, merah dan bengkak pada tempat suntikan dan demam gred rendah. Kanak-kanak yang menerima suntikan ini juga mungkin akan mengalami kurang selera makan, cepat marah, mengantuk dan tidur yang tidak lena. Namun, antara kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi ialah: Iklan kesukaran bernafas, tekanan darah rendah (menyebabkan pening ) dan pengsan, denyutan jantung yang cepat bengkak pada muka, bibir, lidah dan / atau tekak dan leher, gatal-gatal (radang pada kulit) dan ruam. Biasanya kesan sampingan berlaku beberapa minit atau jam selepas suntukan diambil. Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, anda perlu cepat membawa mereka untuk dirawat. Jika anda merasa ragu-ragu untuk mengambil vaksin ini, bincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai vaksin pneumococcal.                 Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia Baca juga:  Perkara yang semua ibu hamil perlu tahu tentang kancing gigi, jangan sampai terlambat! ARTIKEL BERKAITAN 4 sebab kenapa ada ibu bapa sengaja pilih TAK MAHU vaksin anak Sudahkah anak anda dapat semua vaksin wajib ini? Rujuk jadual imunisasi berikut! AMARAN! Bronkopneumonia mudah menyerang anak 2 tahun ke bawah
Read more
undefined profile icon
Write a reply