Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mother of 1 beautiful son
Baby scan
hi..nak tanya. klinik kerajaan mmg xakan scan ke dah kalau so far xda mslh dgn kandungan? sb dah scan awal2 je ms 6 minggu & 9 minggu kalau xsilap. tu pun doc minta scan balik mgu ke-9 sb mgu ke-6 cuma nmpk kantung. Tp lps dr tu dah xscan. tnya nurse, dia kata kalau xda mslh dgn kandungan xperlu scan. tp sy google2 jgk psl bila ms perlu doc scan. scan detail ikut kan dlm tmpoh mgu 24-28 kena buat tp kkia xda buat smp skrg. mujur lah ms mgu ke 24 sy dah pegi sndiri ke klinik luar utk scan detail sb hati nak sgt tgk perkembngan baby, so trus la tau jantina sb nak prep brg baby lg. Klinik luar cek, usia baby lebih awal hampir 2 minggu. Skrg, cuma nak tgu kkia scan detail tu xtau bila lagi..ni dah masuk mgu 31. Ke mmg kkia xkan scan smp bersalin kalau dikira kandungan baik2 je?
booking hospital bersalin kerajaan
Hi, nak tanya ni.. Kalau HKL kan, perlu booking atau boleh walk in je ? Siapa yg pernah bersalin di HKL ataupun plan nak bersalin situ macam saya😊
botol susu
Hi moms.. Nak tanya ni, kalau botol baru kan, ada 4 botol dlm satu set..lps kita cuci or sterilized 2 botol tu, dr ms tu tempoh ms pakai hanya 3 bulan kan? Ok..kalau yg lg 2 botol yg blum sterilized tu mcm mana? Selagi xcuci, msh boleh simpan ke x? Sb 2 botol tu besar, fikir nak pakai bila baby dah umur 1/2 month+ ke atas. Takut membazir pulak..sb hr tu ada promo botol philips avent satu set utk newborn (0+), 2 botol kecik, 2 botol besar.. Tp awal2 tu tntu la pakai yg botol kecik dulu kan. Tu pun beli botol sb nak jaga2 takut air susu xbnyk keluar.. Tp xterfikir pulak mcm ni semasa membeli, ni first baby & xda pengalaman lg..
diaper bag
Hi, nak tanya pendapat.. Diaper beg ni penting ke untuk beli? Ataupun boleh je pakai beg biasa..? Sebab masih xpasti nak beli ke x
sakit belakang yang teramat
Dah nk hujung trimester ke2 ni..sakit belakang yg amat sgt. Tidur pun xlena..duduk xdpt lama , baru je duduk xsmp 5 minit dah pedih pinggul, pinggang naik smp ke bahu rasa sakitnya..terutama duduk ats lantai tu, sb rumah xda sofa, ada pun sofa lama yg kusyen nya dah nipis sgt. Mcm xda mkna duduk atas sofa tu sama jgk sakit badan. Macam mana nak rasa selesa ya? Kadang2 stress jgk la mcm ni terutama bila cuaca panas melampau, kipas pun xda rasa. Rimas serimasnya
Cooling bag
Hi, nak tanya ni kpd yg dah berpengalaman atau sesiapa yg tau..kalau ibu/surirumah perlu ke nak beli cooling bag ni? Sb biasa dgr, ibu2 yg bekerja je yg banyak beli.. Tp nak kepastian, kalau perlu atau xperlu pun..
pad maternity yg terbaik
Hi mommies. Nak tanya cadangan.. Pad maternity mana yg plg bagus nak pakai ye utk bawa ke hospital nt & utk berpantang? Sy kalau boleh nak keselesaan tu.. Tp xtau nak cari.. Ada pun, selalu rasa was2, betul ke elok atau x kan.. Supaya nt bila beli xla rugi kalau xnak pakai pulak. Terima kasih??
cirit & sembelit
Hi mommies! Nak tanya.. Normal ke kalau cirit sehari dua, lps tu tb2 sembelit pulak hari seterusnya.. Tp sejak awal preggy, sy biasa ada sembelit tp normal lg.. Cirit tu dtg ms dah masuk usia kandungan 22 minggu ni.. Tp dah ok dah sejak smlm..
appointment
Selamat malam... Nak tanya.. Buat masa skrg ni dalam perintah kawalan, boleh lg ke nak ke klinik utk appoinment? Terima kasih☺
gatal2 & ruam pada bahagian dada & payudara
Hi mommies...sy skrg dah masuk 3 bulan preggy. Sy ada soalan. 3 hari lps sy tiba2 rs gatal di bhgn dada & payudara.. Xlama lps tu jd merah & muncul ruam.. Sy ingt mgkn ruam biasa je nt akan hlg..tp masuk 2 hari makin menjadi smp trun sikit ke upper abdomen tp cuma merah sj blum ada ruam. Rasa x selesa sgt. Smp ke 3 hari..sama jugak tp sy xnak layan & cb elak dr garu. Hari ni, bangun pagi kulit dah agak ok sikit..ruam & merah2 dah kurang, cuma rs gatal masih lagi. Sy pun xtau puncanya apa sb tiba2 je.. Bru hari ni beli aloe vera gel & sapu sikit bg lega sb sy xberani nak sapu apa2 ubat gatal yg lain terutama bhgn payudara. Risau pulak. Ada x mommies yg alami benda yg sama?