fatin izdihar profile icon
BronzeBronze

fatin izdihar, Malaysia

Contributor

About fatin izdihar

Got a bun in the oven

My Orders
Posts(4)
Replies(10)
Articles(0)

CORETAN RINDU

setiap pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan zuriat/cahaya mata tapi perancangan ALLAH s.w.t adalah yang terbaik, tetapi itulah rahsia ALLAH s.w.t.... ALLAH uji kita tanda ia-NYA sayang... setiap manusia berlainan ujianya... bermulalah ringkasan coretan pengubat rinduku.. waktu tu terasa pening, tak sedap badan, rasa nak loya dan period pun dah lewat (lama jugalah simptom tu rasanya sebulan lebih juga)???? adakah ini petanda orang mengandung ??? akhirnya setelah my husband pulang baru aku beli pregnancy test... ALLAH, alhamdulillah dan syukur tidak terkata bertapa gembiranya bila dapat tahu diri ini mengandung (MEI 2019) memang 2 line jadi excited sangat maklumlah nak dapat anak sulung ??? keesokan harinya my husband bawa pi klinik swasta untuk scan... scan pertama Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik (5week) doktor cakap insyaALLAH 16 JANUARI 2020, lagi 2week mai jumpa doktor semula... selepas 2week lebih aku dan husband aku pi semula klinik untuk scan kali kedua (8week lebih) setelah scan doktor terus buat surat refer ke hospital kerajaan... doktor bagitahu ada 2 kemungkinan maybe janin okey or janin tak menjadi... doktor minta aku kuatkan semangat dan banyakan berdoa.... ALLAH waktu tu terasa sangat lemah.... Hanya ALLAH ja yang tahu bertapa sedihnya ??? selesai sudah di klinik swasta... aku dan husband terus ke hospital kerajaan bahagian O&G beserta surat dari doktor klinik swasta... nurse cakap 2 minggu lagi baru datang semula... keesokannya lagi, petang tu aku rasa tak sedap hati dan nak check dekat hospital swasta1 sementara nak tunggu temujanji dengan hospital kerajaan untuk kepastian... setelah sampai aku pun scan kali ketiga doktor pakar -blighted ovum (BO-kehamilan kosong yang mana wanita terasa hamil tapi tidak ada bayi dalam kandungan) doktor pakar cakap hanya ada kantung tapi janin tiada dan kantung pun dah tak elok macam sebelum ini.. doktor cadangkan aku untuk buat D&C dengan segera sebab kalau biar lama-lama tak baik untuk kesihatan dalaman ibu dengan anggaran harga RM 8XX.XX... ALLAH sebak sangat aku waktu tu hanya mampu mengalirkan air mata ??? terasa amat kehilangan sesungguhnya aku memang tak kuat untuk semua ini YA ALLAH.... doktor pula cakap next time u boleh cuba lagi, u jangan risau, u kena kuat dan positifkan diri.... seterusnya aku masih rasa ianya masih ada so aku pun pi try check di hospital swasta2 lain pula... ada kawan-kawan aku cadangkan try pi tempat len mana tahu ada rezeki.... Alhamdulillah scan kali ke empat, doktor pakar (hospital swasta2) cakap ada tapi ianya masih kecil... doktor bagi aku ubat kuat rahim dan seminggu lepas tu mai scan semula untuk lihat perkembanganya.... bila dengar doktor cakap macam tu ALLAH tenang sikit hati nie semoga my baby terus sihat..... setelah seminggu... aku pun check semula di hospital swasta2) doktor pakar cakap janin tidak berkembang dia suruh aku stop makan ubat kuatkan rahim serta dia minta aku kuatkan semangat untuk terima apa2 berita lepas nie... date refer hospital kerajaan lagi seminggu tunggu doktor kerajaan nak bagitahu apa pula seterusnya.. beberapa hari sebelum refer hospital kerajaan.... keluar cecair coklat setompok... keesokanya keluar cecair jernis + sedikit darah (adakah ini tanda keguguran ???) dan malam tu jugalah aku tumpah darah penuh satu lantai dalam bilik air kebetulan husband aku baru jer sampai rumah dalam 30minit tak sempat nak rest... aku terjerit-jerit panggil husband aku... akhirnya kami terus ke Hospital Kerajaan (emergency) dan malam tu jugalah aku masuk wad serta terus bersetuju untuk buat D&C untuk keesokanya dan puasa... hari yang dinanti-nanti untuk buat D&C telah pun tiba... berdebar satu badan aku... ALLAH kau permudahkan semua urusan ku... malam tu terasa badan aku tidak selesa pusing sana pusing sini, pinggang pun terasa lenguh.... selepas subuh aku sekali lagi tumpah darah yang sangat banyak.... secara ringkasnya petang tu aku akan dibawa ke dewan bedah untuk proses D&C.... dalam dewan bedah tu sejuk yang teramat sangat sampai menggigil aku dan macam2 perasaan semua ada time tu selawat serta ayat al quran bermain dibibirku ????... "nusre tanya adik sejuk ka, aku jawab yupp sejuk sangat".. lepas tu aku dibius penuh oleh doktor pakar bius sewaktu D&C dijalankan... dibuai dengan tidur yang lena sehinggalah aku terdengar suara sayup sayup memanggil namaku... Alhamdulillah semua dah selesai... dalam keadaan sedar 15minit aku dihantar balik ke katil untuk berehat sepenuhnya.... Alhamdulillah selesai dari proses D&C aku tak ada rasa pening, loya lagi.... cuma rasa nak minum jerr... tapi nusre tak bagi lagi tunggu 4 jam or dapa bagitahu baru boleh minum.... rasa ianya masih ada dalam rahim kecilku ini tapi kali ini dia benar benar sudah tiada lagi (AL-FATIHAH) apakan daya ALLAH lebih menyanyanginya... tidak dapat dinafikan sewaktu itu memang aku tak boleh menerima kenyataan yang ia tiada lagi... menangis setiap masa, menyalahkan diri sendiri, down teramat sangat.... ramai yang nasihatkan aku dengan kata positif... ingat ALLAH lebih sayangkan dia... perancangan ALLAH adalah yang terindah dan terbaik.... kini sedikit demi sedikit aku dah boleh terima semua ujian dari ALLAH.... . . إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah tempatkan muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlahn syurga sebagai tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan -orang yang beriman.. Al-Fatihah بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين. . . TERIMA KASIH buat FAMILY & FAMIL MERTUA YANG BANYAK MEMBANTU, MEMBERI SOKONGAN SERTA MENJAGA ANAKMU DALAM PANTANG... TERIMA KASIH JUGA BUAT KAWAN SERTA DOKTOR2 DAN STAF NURSE HOSPITAL KANGAR YANG BANYAK MEMBANTU ???? TERIMA KASIH...

Read more
undefined profile icon
Write a reply