Faiqah profile icon
PlatinumPlatinum

Faiqah, Malaysia

Contributor

About Faiqah

Preggers

My Orders
Posts(3)
Replies(93)
Articles(0)

Apa pendapat mommy semua tentang pendidikan seksual?

Dulu, saya selalu pelik kenapalah sahabat saya Akhi Fairuz Al-Jengkawi selalu cakap mak ayah wajib menjadi guru pertama pendidikan seks anak-anak. Buat apa mak ayah nak ajar benda gitu? Silap-silap anak tu nanti akan explore dan buat benda yang tak elok. Nanti dah besar anak tahulah sendiri. Tapi selepas saya mendengar kisah yang beliau kongsikan ini, terus saya berubah fikiran. Pendidikan seksualiti wajib diajar kepada anak sedari kecil! Bayangkan satu ketika, beliau sedang berceramah bersama pelajar sekolah rendah, darjah 2. Dalam 250 orang murid masa tu. Ketika menyampaikan topik sentuhan selamat dan tidak selamat, beliau bertanyalah kepada pelajar apa yang mereka faham tentang perkataan maksiat. Maka, ada yang menjawab maksiat tu dosa, benda jahat, Allah larang dan lain-lain. Namun mengejutkan dalam ramai-ramai tu, ada seorang pelajar lelaki angkat tangan dan menjawab ROGOL! Dah lah suaranya kuat, semua pelajar dengar sekali. Murid lelaki gelak, murid perempuan turut ketawa. Lalu, beliau mendapatkan pelajar berkenaan dan bertanya ROGOL tu apa. Pelajar tu jawab, "Rogol tu bila ada 2 orang, lelaki dan perempuan, dia masuk ke dalam bilik." Lalu, Akhi Fairuz terus bertanya, "Lepas masuk bilik?" "Kuncilah pintu." Jawab kanak-kanak berkenaan tanpa rasa bersalah. Kawan-kawan yang lain semakin gelak besar, terutama pelajar lelaki. "Lepas kunci pintu, baring atas katil, tanggal baju." Allahuakbar! 😭😭 Di sebalik gelak tawa kebanyakan pelajar, sahabat saya Akhi Fairuz berada dalam keadaan bersedih. Terpempan beliau saat mendengar jawapan si pelajar, 8 tahun. Apa yang ada dalam fikiranmu duhai anak? 😭😭 Kebiasaannya, jika seorang kanak-kanak mampu menggambarkan perlakuan rogol itu sendiri, maka ini kemungkinan yang telah berlaku kepadanya : 1. Sudah terjebak dengan video lucah atau filem/drama yang berunsur soft pornography 2. 2. Pernah melihat abang atau kakak bawa pakwe atau makwe balik ke rumah 3. 3. Dengar kawan cerita 4. 4. Melihat mak ayah berjimak depan mata! Allahuakbar! Seramnya! 😭😭😭 Bila saya mendengar kisah yang Akhi ceritakan ni, berdebar terus rasa hati. Terus terbayang wajah anak sendiri di depan mata. Kalau kita mak ayah tak didik anak dahulu, maka orang lainlah yang akan 'didik' anak kita. Bayangkan, 'guru' pertama anak itu adalah rakan sebayanya atau video lucah. Innalilahi Wainna Ilaihi Rajiuun.. Dan sekarang sahabat saya Akhi Fairuz ni dah terbitkan ebook yang pastinya berguna untuk mak ayah. Bila saya baca, baru faham Pendidikan Seks ni bukannya nak ajar anak buat seks atau posisi seks, tetapi kita nak educate mereka agar pelihara tubuh badan serta menjaga amanah yang Allah bagi terutama kemaluan. Banyak sangat yang saya belajar bila menelaah karya Akhi Fairuz ni. Jadi, saya nak ajak kawan-kawan semua untuk dapatkan ebook ini segera. Macam-macam bab yang sahabat saya ni huraikan termasuklah skrip yang mak ayah boleh gunakan jika anak bertanya tentang rogol, kondom, onani, liwat dan lain-lain. Mindblown! Klik link ni segera ya 👉 https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-ps01/79

Read more
undefined profile icon
Write a reply