Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Preggers
Prepare barang baby & ibu
Hi mommies… nak tanya. Selalu kandungan berapa minggu dah boleh start beli barang baby & ibu lepas bersalin? & minggu ke berapa dah siap beg hospital? Baru masuk awal 3rd trimester , survey apa pun tak lagi 😅 Risau awal sangat.
Keputihan teruk
Hi. Sy skrg dah 12w. Sblm ni masa 8w pernah keluar lendir coklat. buat swab dkt hospital ada vaginal candidiasis. So, dapat ubat insert & duphaston. Skrg ni mmg banyak keluar keputihan kuning2 mcm tu. Masa 10w buka buku pink bgtau doc, dia ckp normal masa pregnant. Sampai skrg masih keluar lagi non stop. Apa sy perlu buat? Risau sgt. Patut ke pergi hospital semula or tgu next visit dkt KK?
Cecair coklat di awal kehamilan
Hi. Saya skrg tgh 8 minggu hamil. Semalam ada cecair/lendir coklat keluar dari faraj. Dah pergi PAC di hospital. Doc check cuma ada keputihan, tiada yang abnormal. Doc bg ubat insert dalam faraj & ubat kuatkan rahim. Saya agak risau sbb sblm ni pernah gugur. Dulu awal2 keluar juga cecair coklat. Beberapa hari berserta darah & kekejangan perut. Last2 saya gugur masa w15. Ada sesiapa pernah jd mcm saya keluar cecair coklat awal kehamilan?
Macam mana nak ttc balik lepas keguguran
Hi semua. Mcm mana nak tau bdn kita betul2 dah sihat ye lepas keguguran? Dah 3x period, kiranya boleh start ttc balik ke? Atau kena pergi klinik buat check up semua dulu. #keguguran #TTC
Keluar ketulan & darah. Dah jumpa doktor
Hi... sy dah 15w ni. Dah 4x ulang alik hospital. 1st kencing berdarah masa 10w, kata doc darah lama. Lps tu, ok da. 2nd epsd spotting berlaku. doc kata baby ok. Next 2days, 3rd epsd perut cramp & bleeding. Kata doc kencing ada kuman. Dpt ubt antibiotik & lawas urine. Kali ke-4 tu, 2 hari lps 3rd epsd. Perut jd cramp sgt2 mcm senggugut & masih keluar drh penuhi pantyliner. Doc kata rahim masih ok. Bg ubat kuat rahim & kena byk rehat. Ada sesiapa mcm sy tak? Risau sgt2 ni... darah still keluar & mcm lendir. Doc just ckp kalau byk darah merah terang keluar, baru dtg. Patut ke sy pergi pakar dkt private terus or rujuk hospital lg?
Lendir coklat
Hi mommies... saya nak masuk 15weeks. Nak tnya. Ada tak sesiapa pernah keluar lendir seakan coklat pink mcm tu? Sblm ni pun pernah kencing keluar skali darah. Dah pergi hospital. Doc ckp darah lama. Tp masih turun lg. Normal ke tu? Skrg perut asyik cramp & sakit belakang. Doc ckp mybe sbb baby nak membesar. Risau je rasa. Ni first pregnancy.
Tompok darah
Hi mommies... nak tanya. Saya baru masuk 14weeks. Normal ke kalau keluar tompok darah dkt panty liner. Dia keluar pd satu masa je. Dah 3 hari mcm tu. Atau patut ke sy jumpa doktor?
Obimin saja dah cukup ke?
Hi semua... saya nk tanya. Skrg dah 14w, kiranya dah masuk trimester 2 ni. Klinik still lg bg ubat obimin saja. Itu pun dah cukup ke? Sbb ada buat research sikit & tanya kwn2. ada yg ambil folic acid, b complex, iron dll... boleh jelaskan sikit tak. Terima kasih.
Penat awal kehamilan
Hai... nak tanya. Normal ke badan kita lemah sangat di awal kehamilan? Kadang berdiri sikit pun dah rasa pening. Jalan sikit pun dah penat. Letak badan memang rasa nak pejam jee.
Tak minum susu ibu
Hi mommies... nak tanya. Sy skrg dah 11w++. Macam saya kan, tak boleh nak telan di tekak lah susu formula ibu tu. Tiap kali minum mesti muntah. Saya tukar dengan susu kotak farm fresh yang low fat. Boleh ke? Dalam hati risau jugak baby tak cukup zat. Lagi satu kan... boleh ke dalam usia kandungan saya nak minum susu kambing? Sbb sblm pregnant pun, memang suka susu kambing dari susu lembu. Tp org kata susu kambing panas. Betul ke???