Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
24 K following
anak nak tumbuh gigi
anak sy bru masuk 10bln lebih, bfr this dh tumbuh gg bawah so far smooth je tkde mslh apa just dmm gitu tp still leh susu smua. but this time nk tmbuh gg atas, dua2 gg atas nk kluar langsung tk minum susu & mkan. merengek je & dmm. ada tk idea mcmne nak bg dia untk mnum susu / makan. sy risau dia dhidrasi. tlg bantu sy. terima kasih mommy if share pglmn dan mmbntu sy.
INDUCES SEBAB APA? 35weeks 6Days
yang induce sebab apa ye? baby besar ke?#firstmom #ingintahu
Cara Bancuhan Susu Dutch Lady 123
Hai mommies! Mcm mana cara bancuhan susu dutch lady 123 ya? Di packaging tulis 200ml, 3 sudu besar. Tapi saya guna scoop susu baby yg biasa tu. Jadi mcm mana nak bancuh guna scoop susu baby tu ya? Maaf, saya first mom. #firstmom #firstbaby #bantusharing #ingintahu
Hye ank sy lg sminggu nk stahun. Cuma dh 2 hri ni ank lgsg tknk minum susu. 2 hri Tak berak. Normal?
Tolong please
Suami teman masuk LR
Hospital BM, Pulau Pinang suami boleh teman masuk dalam LR ke tak ye..?
10 bulan 24 hari
Normal ke baby suka ngigau 15 minit sekali penat la asyik terjaga tdo pun jd tganggu spanjang mlm ngigau setiap hari any tips utk baby tak ngigau
Pembawaan Mengandung
Ada tak ibu² kat sini yg dari mengandung sampai dah melahirkan pun masih terbawa² prangai time mengandung dulu? Saya smpai skarang tak boleh bau apa² aroma dari bunga ros.. rasa mual.. sabun yg saya paling tak suka sampai skarang, sabun jenama May yg merah tu. Lalu saja pun dah rasa mual 😅.. anak nak dekat setahun dah ni.
Berat baby 10m cuma 7.67kg
Hi mommy, baby yang dah 10m berat masih bawah 8kg ni masih consider okay ke? Ada cara lain tak untuk naikkan berat baby? Saya dah bermacam jenis masakan bagi dia. Dia makan je cuma dia makan bukanlah dalam jumlah yang banyak plus dia sangat active..
perjuang mommy yang mempunyai depression disorder.
cerita saya mungkin menjadi agak panjang, ini adalah perjalan saya sebelum dan selepas saya tahu saya adalah seorang isteri @ ibu yang mempunyai depression . waktu permulaan kahwin, alhamdulilah semua berjalan dengan lancar. di kurniakan suami & mertua yang baik. tiap hujung minggu akan berkunjung di rumah mertua dan bermalam di sana. waktu ni saya dan suami duduk di rumah sewa yang kami usahakan sebelum kami berkahwin. semua nya indah, selepas 3 bulan perkahwinan kami, Allah beri kami cahaya mata. semua nya berubah disini. selepas saya mengandung, di trimester pertama, saya mempunyai morning sickness yang sangat teruk. saya tidak boleh makan nasi & saya tidak boleh bau minyak. kadang bau nasi yang baru lepas masak pun saya boleh muntah. rutin kami seperti biasa, hujung minggu akan berkunjung dia rumah mertua & bermalam disana. mertua sediakan 2 bantal dan toto untuk kami tidur. rumah mertua tiada tilam lebih untuk tetamu. jadi memang kebiasaan tidur beralas toto sahaja. kebiasaan bangun pagi saya akan tolong mertua didapur. tapi pada hari tersebut saya tak dapat nak tolong mertua kerana pinggang saya tiba tiba jadi macam “Lock” bila nak berjalan jadi sakit yang teramat. saya pun kongsi kesakitan tu pada mertua. beritahu yang pinggang saya berasa sakit. balas mertua “ baru 2 bulan mengandung takkan dah sakit pinggang, belum 7 bulan pun. mengada lah” alang terkejutnya saya. tapi saya masih cuba untuk ambil side positive. mungkin saya punya perasaan sahaja. waktuni bulan puasa, juadah berbuka mertua buat kami nasi ayam. suap sahaja nasi ayam, terus saya muntah. taktahu nak gambarkan macam mana, tapi perasaan tu allah sahaja tahu. memang sikit pun saya takboleh telan. muka mertua dah berubah. nak sedapkan hati, saya hanya mintak maaf, dan sekadar jamu air sahaja. balik tu saya luah tentang alahan & sakit pinggang kepada suami. dan meminta untuk minggu akan datang hanya mahu berehat di rumah sahaja. memandangkan saya dan suami pada hari biasa kami bekerja. suami bersetuju. selepas kejadian saya dan suami tak pulang untuk minggu seterusnya. keadaan jadi agak tegang. saya dan mertua dah tak serapat dulu. selepas usia kandungan saya 4 bulan, alahan saya masih lagi teruk. suami meminta saya untuk berhenti bekerja, dan saya terima dengan hati terbuka. waktu ni keputusan suami di bangkang keluarga mertua. sebab saya biarkan suami bekerja seorang diri, sedangkan nanti ada tanggungjawab yang besar akan lahir. mertua kerap berkunjung dirumah kami. mertua akan pujuk saya untuk berpindah dirumah sewaan mertua. atas dasar kesian pada suami. rumah sewaan mertua adalah rumah Flat low cost. pada mulanya saya memang berkeras hati, sebab rumah yang kami duduk ni sangat lah saya selesa. menolakkan saya membuat mertua tak senang hati. mertua kata pada suami, saya isteri yang suka tengok suami susah & tak mahu menolong suami. sepatutnya sebgai seorang isteri perlu susah & senang bersama suami . hati saya terguris dengan kata kata mertua. hampir setiap hari saya menangis & tak mahu makan. sampai suatu hari. waktu ni saya berada di kampung suami, saya dalam bilik tengah berehat selepas pendarahan pada hidung. saya terdengar perbualan bapa saudara suami. meminta suami untuk duduk dirumah sewaan ayahnya. dan melontarkan kata kata yang lain. dan berkata niat mertua hanya mahu menolong kami yang baru kahwin. disebabkan atas kata kata mertua dan saudara mara suami. saya turuti untuk berpindah di rumah sewaan mertua. banyak perkara yang terjadi sepanjang saya mengandung. mertua paksa untuk saya menjahit mencari duit lebih, sehingga saya stress. banyak kata kata yang keluar dari mulut mertua membuatkan saya tertekan dan menangis. biasanya saya hanya memendam. 1 hari di KK, saya mengeluh sakit kepala pada doctor. bila doctor check. doctor kata saya stress dan tertekan sehingga membuatkan berat bayi saya tidak meningkat. waktu ni doctor nak berjumpa suami, tapi saya meminta untuk saya sendiri yang bercakap dengan suami. balik di rumah, saya meluahkan rasa sedih yang telah lama saya pendam. suami hanya diam dan memujuk saya yang sedang nangis. tiada apa balasan dari suami. selepas kejadian. saya hanya diam dan pendam sahaja kalau mertua perli atau berkata kasar. pada usia baby 34, saya dikejar ke hospital akibat contraction yang kuat. dan doctor beritahu bukaan telah buka 3cm. faktor faktor untuk bersalin awal ialah, apabila seorang ibu terlalu stress. doctor tahan untuk saya bersalin. segala ubat untuk tahan doctor bagi. selepas bertapak di hospital selama 2 minggu. doctor discharge saya boleh keluar. selang beberapa hari. suami banyak saya untuk tengok rumah mertua. waktu ni hati sedih sangat. rumah yang kami usaha sebelum kahwin, kami terpaksa tinggalkan. keadaan rumah sewaan mertua masatu sangat ii teruk. rumah dah ditinggal lama tiada yg duduk. rumah tiada mozek hanya simen. suasana kejiranan agak bising. bukan bising yang biasa biasa. tapi yang luar biasa. dalam hati saya selalu terfikir, boleh ke saya duduk disini? boleh ke saya kuat disini?. sewaktu pulang ke rumah, saya hanya mendiam kan diri. tiada apa yang saya boleh katakan. 2 minggu berlalu, saya pun selamat melahirkan anak sulung saya. sewaktu berpantang, saya berpantang dirumah ibu bapa saya. suami pulak settle kan urusan pindah rumah ke rumah sewaan mertua. hampir 2 bulan saya berpantang dirumah ibu bapa saya. tak pernah sekali mertua datang melihat saya. bertanya khabar? adalah waktu awal saya berpantang. lama lama mereka pun mendiam. saya jarang tengok handphone suami, entah kenapa haritu saya terasa nak tengok. terkejut sedih macam macam bermain di hati & fikiran saya. saya baca chat suami dan mertua, baru seminggu saya berpantang, mertua dah suruh untuk suami jangan terlalu manjakan saya. mertua suruh suami paksa untuk saya bangun, mandi susu dan jaga anak. macam macam lagi lontaran mertua. mertua turut suruh suami supaya jangan lama lama di rumah ibu bapa saya, mertua kata suami taktahu pandangan ibu bapa saya terhadap suami. hancurnya hati saya baca andaian yang dibuat mertua. mertua juga beritahu yang dia tidak akan datang tengok cucu selagi kami tak pulang ke rumah sewaan nya. 2 bulan berlalu kami pun pindah. dirumah sewa mertua. anak saya menangis kerana tak dapat tidur, keadaan terlalu bising dengan kanak kanak berlari dan menjerit jerit. rumah atas tumbuk lesung batu tak beralas dan macam macam lagi. ada yang main mercun pada pukul 1 pagi. keadaan membuat saya sangat tertekan. suami pergi kerja pagi dalam pulang kerja malam . anak selalu overtired. mertua takpernah datang atau bertanya khabar walaupun kami dah berpindah ke rumah sewaanya. rumah sewaan mertua terlalu banyak kerosakkan yang kami kene repair. paip reput, bocor, lampu terbakar, pump toilet rosak. main suis tak support. petiais kami yang baru berusia 2 tahun dan mesin basuh berusia 6 bulan meletup disebabkan main suis rumah mertua. banyak suami habis kan duit untuk repair rumah ni, mertua takpernah ambil tahu, kalau kami ws. hanya dibluetick. kadang diperli. mertua janji untuk tolong suami, namun kami diminta supaya bayar sewa sebanyak 700 sebulan. kami pernah dihalau sebanyak 3 kali kerana bayar sewa kurang atas sebab kami banyak repair rumah & banyak duit kami habis. sampai satu hari. saya dan suami kehabisan saving kami, waktu ni anak kami sakit. dan dikejar kan ke hospital. q di hospital gov terlalu panjang, dan kami terpaksa pergi hospital swasta. disebabkan medical card anak belum cukup tempoh matang, kami gunalah segala saving, sampai suami terpaksa jual motornya. Zero saving. tiada pertolongan dari mertua. sehingga saya meminta pertolongan ibu & bapa saya. alhamdulilah mereka bantu kami. ingat semua dah selesai, terjadilah 1 lagi perkara. wiring rumah kami shot. 1 rumah tiada lampu. kos untuk baikinya 6++. macam macam. kami meminta tolong mertua untuk dtg tgk rumah sewaannya. sebab anak kami dalam proses recover. tiada balasan dari mertua, mertua hanya suruh suami bukak langsir supaya terang rumah. itu sahaja. suami kat tempat kerja bergegas pulang. mintak bantuan orang terdekat. selesai orang wiring buat. kami ingat semua sudah ok. pada pukul 4 pagi. terjadi lagi, rumah kami tiada elektrik. kami call org tnb untuk dtg tolong. dan perjalanan tnb ke rumah kami ambil masa 2 jam. selama 2 jam kami berpanas. nasibbaik anak ada kipas kecik kami sediakan beli di diy. sehingga harini, mertua tidak pernah bertanya khabar cucu menantu nya. macam mana saya tahu saya ada depression? suami bawa saya ke hospital kerana suami melihat keadaan saya yang suka menangis, dan saya selalu cedera kan diri. saya juga pernah menjerit pada anak saya sewaktu usia nya 7 bulan :( ibu mintak maaf sayang. banyak lagi perkara saya lakukan. tapi malu saya nak kata. ada pernah saya cuba tamatkan hidup saya. allah. sekarang saya hanya bergantung pada ubat ubatan. doakan saya ya semua❤️
Sekadar luahan hati
Hii mom's, Adakah disini yg pernah dipersoal kenapa tidak breastfeed anak? Adakah sebab tidak berikan susu badan punca anak kurang berat badan? Sedihh kerana setiap kali jumpa moms dipersoalkan kenapa tidak beri susu badan. Bukan tidak mahu beri tetapi tiada rezeki susu badan meriah 🥲