glass-placeholder

Ayam Kuskus Mudah

duration30 Minit
difficulty_levelMudah
meal_typeSarapan Pagi, Makan Tengahari , Makan Malam
cooking_typeDitumis, Dikukus
taste_typeSavouri

Bahan-bahan

  • 1 Sudu besar mentega
  • 60 g daun bawang kucai (bahagian putih sahaja), dibasuh dan dipotong halus
  • 60 g dada ayam tanpa tulang, dipotong dadu
  • 30 g parsnip, dikupas dan dipotong dadu
  • 250 ml stok ayam
  • ¾ Cawan kuskus yang belum dimasak

Langkah

  1. Di dalam periuk, tumis daun bawang kucai dan mentega sehingga lembut, dalam 3 minit. Masukan ayam dan teruskan tumis sehingga masak sepenuhnya. Alihkan.
  2. Di dalam periuk besar, didihkan 1 inci air pada suhu sederhana-tinggi. Letak Parsnip dan lobak di dalam bekas pengukus.
  3. Di dalam periuk, didihkan stok ayam. Masukan kuskus untuk serap stok ayam tadi.
  4. Tepuk-tepuk kuskus dengan garfu. Kacau ayam dan sayur, masukan lagi stok ayam seperti yang diingini.
Sila perhatikan sebarang alahan yang anda dan/atau keluarga anda alami sebelum anda mencuba resipi ini.