2 Balas

rahim tu dah kecut dah tu, kan masa checkup kat kk nurse akan ukur perut lepas bersalin. perut buncit lepas czer tu normal sis. nanti bila dah takde sakit kat luka czer tu, awak try slow slow pakai bengkung.

okey terima kasih sis. tula tak sabar nak pakai bengkung sebab perut buncit sikit tak selesa tengok hahaha

bersalin czer makan mcm biasa juga ke atau ikut pantang? nak tahu je.. sbb saya pon czer juga, baru je bersalin..

makan berpantang juga sis. saya seminggu pertama makan bubur nasi dengan ikan dan sup sayur sebab takut sembelit. kalau sembelit teruk boleh terbuka luka czer. lepas minggu kedua saya makan nasi, ikan bakar dengan sup sayur. sayur kena makan utk nak mudah berak tapi kangkung tak boleh sebab sejuk. nanti sis boleh google sayur yg sejuk sis avoid makan okey takut kancing gigi. boleh makan ikan dengan ayam. tapi macam saya haritu doktor ckap makan ikan dulu, hujung2 dah 25 hari baru makan ayam, takut gatal dekat tempat luka. so far luka saya cepat kering and tak gatal2. ikan bakar tu pun, letak kunyit sikit je dgn black pepper. kalau baby tgh kuning, jgn letak lada hitam lagi ya. paling penting, sis kena makan buah oren sebiji setiap hari. vitamin c bagus nak cepatkan lega luka czer. selamat berpantang sis♥♥♥ jangan stress2 minum air banyak ya.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan