Boleh ke makan kerang ketika hamil
Umumnya kita tahu bahawa kerang merupakan sebahagian daripada kumpulan makanan laut. Ada jenis kerang yang diperolehi dari laut, sungai, dan sebagainya. Di Malaysia, kerang diolah dalam pelbagai bentuk makanan yang menyelerakan seperti kerang bakar, ada yang dijadikan sambal, dibuat sup, direbus, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, ia selalu dikaitkan dengan masalah kesihatan tertentu seperti terjadinya gatal-gatal dan alahan. Oleh sebab itu, ada yang menganggap kerang untuk ibu hamil, termasuklah jenis makanan laut lain, tidak selamat dimakan dan boleh membahayakan kandungan.
Jadi orang pertama untuk membalas!