Tuan2, dalam lutut ada pelbagai urat (ligamen) yang menstabilkan lutut kita. ACL, PCL, MCL, LCL & PLC.
Jika urat lutut anda putus & lutut anda longgar, memang perlukan pembedahan untuk stabilkan kembali lutut anda.
Urut, supplemen, produk sapu, bomoh tulang semuanya tak akan mampu sambung balik urat putus tu.
Saya bukan angkuh & cuma bercakap benar. Memang ciptaan tuhan macam tu anatominya. Saya tak rugi satu sen pun jika anda tak ke hospital.
Anda tak percaya, itu lutut anda. Lutut anda yang longgar & sakit nanti. Ambe kabor doh.
#drmahyuddin
#acl