Hai semua sy nak meluah ni 🥹🥹kalu x suka skip je yaa, please jgn komen yg -ve🌼🌼

Sy ngan husb dah kenal lama 10thn knal, 2thn kawin & kmi dah ada sorang ank (3bulan). Buat masa skg sy x kerja, husb je yg krja. Gaji suami ckup utk kmi sekeluarga, cuma kmi menyimpan sikit2 juga utk kmi buat reception kawin (yg ni mmg kmi nak buat cuma sbab sy bru bersalin kmi trpksa tunda, & ada bbrpa mslh yg x dpt elak trpksa kmi guna duit simpanan yg ada). Bab duit husb mmg x berkira & apapun dy okay je semua. Sebab husb bru posting duit mmg byk pkai (duit simpanan) di tmbh lg ada emergency yg mmg x bole elak. Tiap mlm sblm tido kmi slalu pillow talk kdg gurau2 juga konon2 membayangkn diri kalu jdi org kaya🤣😆😆 So haritu husb ada cerita ngan sy, ada mcm aps laa gitu. Aps tu lebih kurang mcm ni cth kita main Rm400 lpastu dlm 12jam dpt pulangan 10k. Bab duit sy sgt sensitif & hati², sy dah tegur dah nasihat kat husb, mna ada benda senang nak dpt duit mcm tu, kalu laa sesenang itu buat apa nak lerja. Husb pun iyakan je, sbab sy tau bnda2 mcm ni mmg krja scam. Kemarin kn kerajaan dah gaji, lpas dah tolak2 semua komitmen baki duit yg lain husb bgi kat sy. Husb ada jga pgang sikit dlm 2-3 ratus gitu. 🥹🥹🥹Masatu kmi blm lg tau beli brg keperluan harian (dapur & baby), ptg kmrin husb ckp kat sy yg kwn dy nak pinjam duit dlm 300 laa gitu, lpastu sy tnya 'awk dah bgi ke? Bgitau jelaa kita pun nak guna duit brg pun blm beli jgnlaa dulu bgi pinjam',,, sia2 je sy ckp gitu rupanya dy dah bgi pinjam kat kwn dy, sakitnya hati sy masatu sbab byk sgt tu 300 (sblm ni mmg kwn yg pnjm tu byr juga, cuma ambil masa). Sy pun bebel laa knpa x bincang knpa bgi terus, klu awk bgi dlm 100 x pa juga ni 300 byk sgt tu, dahlaa blm beli brg lg. Semua password bank/hp kmi mmg share sma² tau jdi senang laa nak cek apa2 gitu. Tdi ptg tu x tau knpa mcm tergerak hati sy nak cek hp husb (sy mmg hari2 akn cek sbnrnya tpi x da apa2 pun cuma group2 krja gitu). So masa cek tu sy taulaa kalu ada nama/no baru yg chat husb, adala 1 nama ni sy buka n baca chat tu. Rupanya husb g join yg aps sy ckp scam tu. Kmrin dy ckp kwn yg pnjam duit, rupanya dy byr kat aps ni 😭😭😭bila tgk statement husb dah transfer 450. Konon2 org tu janji gini lpas 10jam dpt pulangan 10k. Lpastu kn org tu srh pula transfer 1300 (tpi ni husb blm bgi). Sy x tau laa knpa husb sy tergamak nak tipu sy psal ni😭😭dah laa dy ckp kwn pnjam duit terus dy tipu sy sbab join aps ni, sy dah tegur awl2 aps ni scam. Sakit sgt hati sy, tpi husb blm tau yg sy dah tau dy tipu sy psal duit ni. Sbab husb duty ptg ni, nti klu ckp skg mood dy x baik pula g krja, so sy kena tnggu esok laa🥹. Tq tau yg baca smpai hbis😭😭sy sakit hati skg ni, bygkn brg rumah blm beli, dy dah buang 450😭😭nak tnggu gaji bulan depan lama lg😭Dy x pnah mcm ni tau, first time husb gini 😭😭😭Doakn sy kuat yaa esok nak bincang ngan husb #firstmom #bantusharing #bantusharing #bantusharing

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya faham betapa susah hati dan bimbangnya anda sekarang. Sungguh mengecewakan apabila suami melakukan perkara yang menyakitkan hati anda. Tidak mengapa, saya ada beberapa cadangan bagi anda untuk menyelesaikan masalah ini. Pertama sekali, apabila anda berbincang dengan suami esok, cuba untuk tetap tenang dan tidak membesar-besarkan perkara. Beritahu suami dengan jelas bahawa anda sedih dan kecewa dengan tindakannya. Jelaskan betapa pentingnya komunikasi dan kerjasama antara pasangan, terutamanya dalam hal kewangan yang melibatkan masa depan keluarga. Kedua, cadangkan kepada suami untuk mendapat nasihat daripada pakar kewangan atau orang yang berpengalaman dalam pelaburan. Mungkin dengan cara ini, suami akan lebih memahami risiko dan kesan dari tindakan yang diambilnya. Ketiga, mulakan perbincangan tentang perancangan kewangan bersama untuk masa depan. Buat rancangan bajet dan matlamat kewangan bersama-sama agar kedua-dua pihak lebih faham tanggungjawab masing-masing. Akhir kata, saya doakan semoga perbincangan anda dengan suami berjalan lancar esok. Semoga segala masalah dapat diselesaikan dengan baik untuk kebahagiaan keluarga anda. Jangan risau, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Semoga berjaya! 🌼🌼 https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

tu mmg scam. kawan saya pnh tejebak. mmg dpt duit blik memula mse amount kecik.smpai dia pncing bank in 5k dlm mse 15min dpt 10k. mse tu dia takde duit so burn habis 5k dia sbb tak dpt bank in 5k dlm mse 15min. lbih kurang gitu cite die. mmg scammer. saya cdang puan kne nsihat elok2. takde cara kaya yg secepat tu. dari ambil risiko labur duit mcm tu baik labur duit dlm simpanan atau public gold. at least boleh klua balik kalu tedesak. mmg rmai terpadaya dgn skim duit express mcm ni. takde orng jdi cpt kaya guna skim ni mlainkn scammer.ksian puan. kalau saya pon sedih juga kne tipu dgn duit pon lebur. sabar yee. cuba bincang elok2. puan kne bgtau suami puan smpai dia faham. kalu puan marah nnti dia nyorok2 dari puan pula.

Baca lagi
3w ago

dah bgi dy fhm, hrp lpasni dy x buat lg. Lpas dri kejadian ni sy x bagi husb pgang duit gaji dy, semua duit sy yg pgang nsib husb okay

bapak saya dari bujang, beristeri, bekeluarga anak 3, bercerai, sampaiii sekarang umur dah nak mati dekat 70 MASIH lagi BERJUDI macam ni, masuk 100 dapat 1000, masuk 1000 dapat 10000. sampai ke kubur TAKKAN berubah dan duit tak pernah cukup. kami adik beradik membesar pun mak yg niaga cari rezeki, ada bapak asyik perabih duit ke JUDI macam ni. so saya sekarang umur 31 anak 1 dah pun memang tak bagi belanja bulanan ke dia, baik duit tu beli pampers susu anak saya.. so puan dah nampak kan perjalanannya 30-40 tahun akan datang? ketagihan judi memang payah nak diubah kalau sekali dah terjebak.

Baca lagi
3w ago

sshnya masi ada lg yg masi tertipu dgn skim cpat kaya ni, kuatnya mak awk

The moment sy baca part bg kawan pinjam, sy dh bleh tau dh mesti dia join apps tu. Hmm da tahun 2024 xkan la xtau lg jenis2 scam.. biar dia kena skali sis, bru dia beringat lepas ni

3w ago

hrp lpasni dy x buat lg🥹

Better terus terang dari meluah mcmni, mcm mngumpat la pulak😅 lagipun hati takkan tenteram bila tngk muka husband sbb teringat yg dia menipu tu..

3w ago

tulaa sis sy pun sbnrnya x tenteram 😅😆tpi husb masi kat tmpt krja esok baru balik

sedihnnya, sy fhm sgt perasaan awk💗Hrp lpasni husb awk ambil iktibar apa yg jdi & semoga awk kuat ya💕