2 Balas

1. Botol silicone lagi tahan panas so boleh je warmkan dgn air suam (rendam). Safer than plastic. Tak perlu milk warmer. Boleh google 2. Boleh saja warmkan pp bottles rendam dlm air suam cos dia bukan plastic. It’s PP, yg jenis plastic nya follow international standard utk botol susu baby. As long as kita rendam susu tu dlm air suam should be okay je cos mana2 ebm pun kita takleh warmkan dgn air panas kan. Tp botol PP wajib buang after 6 bulan or less than that is better sbb kalau kerap dipanaskan dia tak as durable as PPSU. Tommee tippee ada je botol ppsu close to nature & anak saya pernah guna. 3. Saya tak suka teat tommee tippee cos kalau terbalikkan botol still terpancut even dah guna yg slow flow. Tak sure la defect ke apa but saya pernah beli teat di copi tommee tippee & kedai baby. Baru rasmikan & tetap leaking. Tp ada saya baca anak dorang guna ok je tak leaking. Anak saya ngam dgn avent response teat. Tak leaking langsung. Tak sure kalau anak org lain hehe & sampai ke beso budaknya tak pernah nipple confused. Sejenis sedut je asalkan keluar susu/air Btw anak saya start 3m saya dah train dia minum ebm sejuk yg lebih berkhasiat. Toksah nk reheat2 huhu jimat masa & tenaga maknya. Anak pun tak sempat mengaruk sbb mulut dah disumbat botol.

Yg paling slow - 0m. Sampai anak 6m pun masih guna yg tu

Untuk botol susu jenis silicone, ia selamat untuk direndam dalam air panas atau menggunakan bottle milk warmer seperti yang disebutkan. Botol susu jenis PP juga boleh dipanaskan dengan cara yang sama. Untuk teat yang tidak tumpah susu, anda boleh cuba mencari teat dengan bentuk dan flow yang sesuai dengan bayi anda. Anda boleh mencuba merk lain yang mungkin lebih sesuai dengan keperluan bayi anda. Jika anak anda suka puting ibu, cuba cari teat yang lebih menyerupai puting ibu tetapi tidak mudah tumpah. Untuk menenangkan bayi yang marah dan sukar untuk menyusu, cuba untuk tenang dan sabar. Pujuk bayi dengan lembut dan pastikan anda memberi keselesaan pada bayi semasa menyusukan. Mungkin cuba untuk menyusukan bayi dalam keadaan yang tenang dan nyaman bagi bayi. Semoga perkongsian ini membantu anda sebagai ibu baru. Selamat mencuba! #firstmom #bantusharing https://invl.io/cll6sd8

Soalan popular

Artikel Berkaitan