18 Balas

Sebagai seorang ibu yang ingin melahirkan, pengalaman bersalin di hospital swasta atau hospital kerajaan boleh memberi impak yang berbeza terutama dari segi kos, perkhidmatan, dan pengalaman keseluruhan. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan: 1. Hospital Swasta: - Biasanya kos untuk melahirkan di hospital swasta adalah lebih tinggi berbanding hospital kerajaan. Ini termasuk kos bilik, perkhidmatan rawatan, dan prosedur tambahan. - Perkhidmatan yang diberikan mungkin lebih peribadi dengan lebih fokus pada keperluan individu ibu dan bayi. - Mungkin terdapat pilihan untuk memilih pakej bersalin yang menawarkan kemudahan tambahan, seperti bilik swasta, makanan istimewa, dan perkhidmatan penjagaan yang lebih eksklusif. 2. Hospital Kerajaan: - Kos untuk melahirkan di hospital kerajaan biasanya lebih rendah kerana disubsidi oleh kerajaan. - Walaupun kos lebih rendah, perkhidmatan kesihatan yang diberikan adalah berkualiti dengan tenaga kesihatan yang terlatih dan pakar dalam bidang ini. - Kadang-kala di hospital kerajaan, masa menunggu mungkin lebih panjang berbanding hospital swasta kerana jumlah pesakit yang lebih ramai. Bagi mengambil keputusan, penting untuk mempertimbangkan keperluan bersalin anda sendiri, bajet, dan juga pemahaman tentang perbezaan antara kedua-dua pilihan ini. Anda juga boleh mendapatkan pandangan dan pengalaman daripada ibu-ibu lain yang telah bersalin di kedua-dua jenis hospital. Semoga anda dapat membuat keputusan yang terbaik untuk kelahiran anda. Semoga segalanya berjalan lancar dan selamat! #firstmom #ingintahu https://invl.io/cll7hzz

VIP Member

Saya bersalin secara normal Anak first Nov 2021... MMG awal2 dh decide gov.. Antara sebab dah Tahu kalau swasta xleh buat Akan tolak ke gov.. yg ke 2 sebab Tahu stay xlama kat ward and lepas baby lahir LG Banyak NK pakai duit...bayaran dikena Kan 3d 2n rm75.. kalau gov Ni Banyak MCM layan diri xde treatment special sebab ramai sangat sangat Kan.. yg sye igt sye sakit sangat..rupenye dh 8cm.. last check pagi dia kejut 8am 2cm.. tp kul 12.40 pm sye g jmpe nurse ckp sakit...tgok2 dh 8cm..sye xsempat pun Makan nasi.. terus tolak ke LR cpt cpt.. nasib la ade tenaga nak teran.. mgkin ward penuh...atau Hari yg Sama Banyak emergency case .. sye setel dah jahit semua tu kul 3 petang lebih.. sye masih di tempat yg same 3jam baring.. smpai kul 6 lebih Baru de nurse dtg amek sye hntr ke ward..sye xbgun pun tolak2 DGn katil smpai ward . lepas tu mse Nak turun tu Nak ke ward slow slow la turun time tu husband pun xboleh masuk tengok Anak ape tah lagi Teman kat ward.. tp alahai IBU IBU mengandung kat dlm ward yg sme supportive betul... dtg tolong tukar Kan pampers dan baju untuk Anak.. kebetulan dorang pun tgh mengandung Anak ke 2.. Alhamdulillah sblom kiteorang warderd tu MMG dh cek covid cucuk hidung tu safety la dorang pegang Anak..Ni pengalaman sye time tu kite bersalin di gov kene Banyak bersabar ..sebab MMG ramai dorang serve..and dlm ward yg sme.. ade seorang ibu lahir Anak dlm kereta otw ke sini.. sye rase sebab dia la kut sye lame kat ctu..byk emergency case pde Hari tersebut 😂

betul. InshaAllah mommies² yg sebilik dengan kita semua baik² siap bantu mana yg boleh

saya anak 1st dan 2nd bersalin dekat gov sebab husband ada GL + saya berpegang pada pesanan mak saya (juga nurse gov) apa pun terjadi nak bersalin pergi hosp gov sbb based on pengalaman mak saya, selalu dapat kes bersalin dari swasta tolak ke gov. bukan nak takutkan, cuma nak share sahaja. saya tak pernah bersalin dekat swasta. pada pengalaman saya bersalin dekat gov ok je. 1st hosp lain, 2nd hosp lain. cuma masa anak 1st layanan yg sy terima semuanya kasar kecuali seorang nurse. masa tu bulan puasa. patutnya saya dapat bilik utk 4 org tapi sebab katil semua penuh dan ctg baby kurang cantik, terpaksa terima bilik utk 6 org. doktor semua baik ok je. nurse je ntah kenapa dok marah² bebel² je. sekali je dapat layanan baik dari sorang nurse. yg lain keje mcm tak ikhlas. sorry to say. masa yg 2nd saya terpaling happy sebab layanan semua baik walaupun masa tu hosp penuh dengan pregnant momies (musim covid). stress macam mana pun nurses dan doctors (dan nampak sgt dorg kepenatan) tetap layan dengan baik. yg ni sy dpt bilik 4 org. memang selesa dan semua nurse doktor ramah baik je. kita tak boleh nak agak layanan yg bakal diterima. rezeki kalau dpt layanan yg baik. setiap hosp baik gov mahupun swasta, mahupun sesama gov sendiri n vice versa, ada pros n cons tersendiri. kalau sis nak FPP, kena booking awal. so up to you nak bersalin dekat mana 😊 saya hanya kongsi pengalaman bersalin di hosp gov. lain mommies, lain pengalaman

anak 1st hosp sg.buloh. 2nd hospital shah alam

Hi, awak👋 Ni personal experience saya tahun 2022. First pregnancy. Memang dah decide untuk bersalin di hospital swasta. Tapi saya buka buku dua tempat (KK& swasta) sebab nakkan experience. 1st day buka buku kat KK, nurse dah tanya tempat bersalin dan tempat berpantang. Saya informed nak bersalin di hospital swasta. Nurse sedia maklum dan inform nanti nak tutup buku KK, inform je. So antenatal checkup saya di KK sampai 20 weeks++ je. Sebelum tu dah buka buku kat hospital swasta. Lepas tutup buku KK, terus proceed dengan swasta sampai bersalin. Apa yang saya dapat di KK dengan gynae, sangat berbeza. Kandungan saya lebih terjaga dengan gynae sebab di jaga one to one oleh gynae. Banyak ilmu dan info baru yang saya dapat. Tak sama macam apa yang saya dapat kat KK. Oh ya, I was GDM on diet, GBS+ mom and low HB for 1st and 2nd trimester. Alhamdulillah saya happy sangat. Memang stress free. Takde apa yang saya nak complain. Dari antenatal checkup sampai la postpartum checkup, saya happy sangat2. My husband pun happy dengan experience yang dia dapat kat hospital swasta. Total cost antenatal checkup + labor + baby care jaundice dalam RM20k. For next pregnancy, memang tak pergi KK dah hehe.

Hehe I can still feel the excitement tho🤭 Seingat saya, saya tutup buku KK masa 28 weeks. 24 weeks saya buka buku swasta. Gynae review buku KK dan buka baru untuk saya. Kepilkan sekali. Takdelah, tak marah pun. Plus most private hospitals required min 2/3 times antenatal checkup with selected gynae to deliver at their hospital. Yang penting awak dah ada allocation budget sebab unexpected things could be occurred. Pilih hospital yang ada good facilities supaya tak kena refer dengan gov. Selalunya kes swasta yang kena refer dengan gov sebab hospital tu tak cukup facilities atau patient yang tak cukup duit.

I pernah bersalin gov & swasta. Pasni aim to bersalin swasta lagi. Second pregnancy fully check up swasta cos dah decide nk bersalin swasta, takmau buang masa kt kk cos i mmg da faham sgt proses kt kk tu how based on my experience. So before pregnancy confirmation i dah survey O&G mana yg i nak kt swasta tu then scan 8weeks terus dia buka buku. Every month sampai bersalin check up dgn dia. Scan tiap bulan. Very details. For me more details dari my kk yg bertukar ganti doctor yg check up i dulu but tak semua kk sama ya, ada kk yg the best but kk i je hauk. Total 15k cos czer, plan nk normal tak dpt tp i mmg dah standby more than 20k. A very happy pregnancy compared to the first one. Kalau berkemampuan, go for swasta. But make sure swasta yg ramai pakar O&G & complete facilities so in case anything dia tak tolak u ke gov. I pernah comment camni dulu kt post2 lain tp ada yg kata with that amount baik la spend duit tu kt CL ke. Alhamdulillah rezeki i & husband, money is never issue so after bersalin tu i mmg ambil cl jaga sampai habis pantang.

Kpj, pantai, gleneagles, columbia asia, putra cth hosp yg terbaik. Normally specialist hospital facilities dia complete

Salam sis.. sy br lepas bersalin kt swasta (KPJ) 4.6 haritu.. tp sy czer x de rezeki nk deliver normal due to hypertension mse dh 38weeks.. sy juga gdm on diet control and gbs + . Btw ni ank first sy mmg opted for swasta sbb both husband and sy punyer company cover untk maternity cumeye ade limit lar wch is 16k jer.. kalau ade extra yg lain mmg kene tambah sendiri.. sy check up both swasta and kk sampai mnggu 38. Kk yg sy pergi alhamdulillah ok jer.. nurse baik sgt n swasta plak dh mmg pakar o&g.. Sy mmg x menyesal pilih private sbb service mmg tip top.. nak2 untk first time mom yg x de pengalaman.. mmg nurse dkat swasta jaga kite btol.. lapkn badan, mandikn, pimpin tangan ke toilet dan semua lah.. and baby plak mmg duduk kt nursery selama 3 mlm sy warded tu jd sy bleh berehat ngn tenang lpas operation tu sbb masih sakit lpas habis bius.. kalau tnye pendapat sy, if awk ade budget lebih or ade privilege dr company ke boleh je ke swasta sbb bg sy mmg berbaloi.. btw total kos bersalin shj 14k+++ , check up di swasta dlm 3k++ mcm tu..

Sy bersalin di KPJ Perdana kota bharu under doc zanariah.. she’s the best o&g in town!

I bersalin dekat Hospital Al Islam Kg Baru. First class (single room). I bersalin normal. Around 3k tapi I ambik epidural. So plus 1k macam tu. Before bersalin, I check up dengan doctor about two times only. Then masa hari nak bersalin, I pergi hospital pukul 7 pagi macam tu sebab bleeding. Boleh kata lama jugak I dalam labour room dari tengahari sampai Maghrib baru I bersalin. Doktor and nurse layan sangat baik and sabar ye dengan I. Lama jugak I teran tapi takda energy nak teran. Doktor and nurse support and tenangkan I. Lepas bersalin I demam, and malam tu totally nurse yang jaga baby sampai esok pagi. So far kalau tanya I, I akan repeat bersalin sini. Package boleh cakap affordable and I suka service dekat sana.

2x bersalin di hospital Serdang (gov). last bersalin thn lepas. doktor dan nurse semua baik2 dan caring. Byrn murah rm10 per day warded (3rd class) kalau bersalin normal tambah rm50. kalau ada tambahan alat bantuan mcm forcep tambah rm50 lg. czer rm150 x silap. Bunyi je mcm low class tp sebenarnya best lg 3rd class sbb ada ramai kwn. Layanan pulak mmg ok sgt lah as gov punya hospital. xde pun mcm org ckp kne maki ke apa tu xde.. down side gov ni yelah dh byr murah jgn la espect mknn dia sedap mcm hotel kan mmg tak la haha.. kalau xdpt jln lps czer ok je minta nurse papahkan dia ok je tp mostly mmg lah kne jln sendiri kan nurse pun byk kerja. so far ok sgt lah!

Bestnya hosp serdang. Rezeki awak sis ❤️ Saya dulu hosp ampang tp dah lebih 5yrs, lepas czer nk bangun dari katil g toilet husband takde nurse suruh jalan sendiri. Biasa2kan. Jauh pulak tu. Kita ftm kot. Nightmare sgt kalau ingat baru belah perut beberapa jam kena g jalan sendiri. Tak pergi dia asek tanya bila nk kencing berak. Terseksa jalan slow2 tanpa tongkat. Tersentak2 sampai raba2 dinding takut jatuh tu pun takde sorang nurse pun dtg tlg. Then ptg minta tlg ambil air panas pun dia suruh bangun sendiri. Discharge baru naik wheelchair tu pun doctor suruh, doctor pun tau kita ni masih tak mampu. Muda pulak tuu belum 21. Kalau ingat balik sebak sgt. Bukan rezeki saya dpt nurse baik kot time tu. Anak second terus bersalin swasta mcm yg saya komen dlm post ni 🥹

saya bersalin swasta. mmg asal planning bsalin di swasta. tp nasihat dr kwn2 buka je buku di kk sbb kk ni lebih telus ditmbh hb sy low, kalo ada masalah kandungan, akan terus ke hosp govt. di swasta bila dia tau sy ada check up di kk, dia x buat in detail sbb semua cost. bila nk due br dia check detail. sy emergency czer. cost around 14k incl pediatrician. dr segi sakit, ubat bius swasta lg ok. penjagaan baby swasta much better. bila sy x ckup tido sbb anak nangis n ditmbh sakit czer n bengkak susu, nurse akn jagakn baby spy kita bleh tido n rehat

Hospital apa ya?

Saya bersalin hospital gov. Htj for both pregnancies. Saya boleh kata dua-dua pengalaman okay. First time emergency czer waktu malam. Baby saya nurse ambil dijaga dulu sampai esok paginya baru bagi saya semula. Second time normal, selesa jugak sebab kali ni dapat ward kelas 2. Satu bilik 4 katil beraircond. Pregnancy kedua ni saya stay 2 minggu macam tu di hospital jadi selesa sampai hari bersalin. Nurse dan doktor for both experiences okay dan helpful

First diagnosed baby kecil. Dah warded saiz baby tak jadi masalah dah, still dalam acceptable range. Air ketuban pulak kurang walaupun takde leaking

Soalan popular

Artikel Berkaitan