Baby 2 bulan

Start bila ye boleh bawak baby keluar rumah ? Macam pergi jalan jalan waktu siang dan malam . Biasa waktu malam best sebab sejuk tapi risau ada yang cakap nanti syaitan ikut balik 🥲#firstmom #pleasehelp #ingintahu

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sebenarnya, bergantung pada puan sendiri dan situasi. kalau saya, family jenis tak strict sangat. kalau sebelum ni, saya bawa anak keluar cth ke rumah keluarga terdekat yang family tak ramai dan klinik, lepas seminggu umur baby. Tapi, memang elak jumpa orang ramai atau kenduri la. lepas 2 bulan, baru berani nak bawak pergi mall ke apa. tapi, kalau mall pn, lebih memilih utk ke mall yang tak ramai orang atau pada hari bekerja (orang tak ramai). kalau kenduri pun, pilih2 je. kalau dah tahu tempat ramai, saya lagi pilih untuk ke sana waktu lepas peak hours. sekadar memenuhi undangan. kenapa lepas 2 bulan? sebab anak dah lepas vaksin dtap-ipv-hib tu.. untuk yang bab syaitan tu pula, saya bawa anak ke mana2 waktu malam, lepas saya sendiri suci dari nifas. sebab kita dah dalam keadaan tak kotor. nak baca2 ayat pun yakin

Baca lagi

Saya bawa je keluar. Lepas pantang dah bawa keluar. Alhamdulillah setakat ni baby ok je. Tak pernah nanges2 malam2. Kalau sis takut, boleh ikut petua nenek saya pernah bagi. Sebelum masuk rumah baca ayat kursi & 3 qul. Masuk rumah basuh muka baby. Doa yang baik2 aje 😉

Sy pantang cara moden. Tk smpai sebulan pn ad dah sy bwak baby berjalan. Yg pntg kena jaga rutin dia, mnum susu dn waktu tido/mandi. Baby tk suka rutin dia berubah2. Bab syaitan tu mmg kita dh digalakkkan untk sntiasa baca ayat2 pelindung diri alfatihah 3 kul ayat kursi tk kira waktu dn dimana

blh je kluar.. cuma waktu mahgrib jgn duk kt luar lh.. bayi hijabnya terbuka.. tutup tingkap pintu semua.. lps mahgrib nk kluar pergilah.. tp jgn lh smpai lewat mlm.. x elok.. ada anak.. terhad ckit perjalanan.. utamakan anak dulu..

Terpulang kat sis ya. Kalau sis dah bersedia nak bawa baby keluar. Saya sebulan lebih dah bawa keluar baby. Tapi tak balik malam la. Then bila dia da dua bulan pon saya bawa keluar juga balik rumah suami jumpa saudara belah suami pula. So far baby okay.

Dalam pantang pun dah bawa keluar janji kepala dia bertutup pakai stokin , selalunya saya selawat husband akan baca ayat kursi , sekarang dah 4 bulan kejenya berjalan malam ambil angin alhamdulillah ok je

ikot awak sebenar nya. mcm sy ada je bawak baby keluar. kalau family semua ajak mkn luar ataupon ajak g travel. masa usia nk masok 2bulan sy bawak je baby g ipoh. skrg dh msok 6bulan++ dh baby

baby saya baru nak masuk 2bulan saya dah bawak dia keluar pusing depan rumah. bagi dia hirup udara segar 😂. kalau dia tak kenal bunyi lain nanti nak bawak kemana mana susah,, dia hinggaq

saya lepas 40hari dah bawa baby gi pantai, belum umur 2bulan dah bawa balik rumah dr kampung, perjalanan lebih 3jam. balik rumah mmg every weekends keluar gi mall@ jalan2. setiap bulan balik kampung

Dh bawak keluar masa dia sebulan lebih.. at times ada balik lambat, so masa masuk rumah tu baca ayat kursi.. sebelum tido lap badan sikit sebab kat luar skrg macam macam virus