Pemakanan utk ibu menyusu

Sorry nak tanya, sebab newmom and first born. Betul ke utk ibu menyusu ni ada makanan yg kita tak boleh makan and minum sbb takut anak angin, effect pada susu and etc.. Contoh mcm minum kopi or milk tea, makan ubi kentang, sayur sejuk boleh sebabkan angin dkt baby.. Kita tahu mmg kena amalkan pemakanan sihat even dah habis pantang. Tapi utk yg dah biasa minum coffee and tea ni mmg tak boleh minum langsung ke. Sbb saya minum kopi, mmg setiap hari 1 cawan tak pernah lebih. Mcm tea tu klu buat teh tarik atau teh utk minum pagi dkt rumah berulang laa minum. #firstmom #firstbaby #bantusharing

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

mcm sy dulu hantu makan pedas,coffee lover,.suka magi goreng ayam bakar pedas tu.skrg kadang je mkn pedas. itu pon pedas real food. bukan junk food mcm pedas maggi. coffee mmg langsung xminum. dah 8 bulan lebih. teh pon x. sbb xnk ambil risiko tkut ank meragam malam2/anak xboleh tidur. mmg la % tu kurang. tp tetap xnk ambil risiko hahhahaha.nnti sy yg barai jaga kalau meragam 😂. ikut baby rasanya. ubi kentang ke sayur yg org kata sejuk berangin ke smua sy balun. asalkan real food. setakat ni anak ok xd msalah

Baca lagi

Pernah baca di article, percentage untuk effect ke baby tu sangatlah sedikit. Macam anak saya okay je dengan apa yang saya makan/minum. Coffee, tea, soya, makanan pedas dan so on. Buat masa ni takde apa apa effect lagi ke anak saya. Cuma ubat-ubatan jela saya alert sedikit. Sebarang ubat saya akan consult w doc dulu & sorry to say, for me takde istilah sayuran sejuk. Apa apa kena try & error je. Ada baca juga some babies sakit perut/tak selesa bila makan pedas dll.

Baca lagi

Depend pada baby juga kot sis. Mgkn mula2 masa baby newborn tu sis kena try n error tgk baby okay ke x kalau sis makan apa2. Anak sy masa newborn tu sy perasan bila sy makan makanan acidic mcm limau, asam jawa, baby pun x sedap perut die start kentut n berak2. Tp sy makan pedas sikit @ minum kopi perut die okay pula.

Baca lagi

biasanya kalau untuk ibu x ok baby mesti x ok skali kalau pedas2 slow dulu.. jangan terus ambil pedas2 sgt haritu saya cirit x tahu makan apa baby skali cirit.. kesian 🥹 apa2 pun besederhana makannya ☺️

Baca lagi