6 Balas
Tgk bila last period. Kalau rasa mcm dah lambat 1-2 minggu dari tarikh yg sepatutnya dtg period, boleh dah try cek upt tu. Apa2 brand pun x kesah. Sy pernah pakai brand watson je Simptom pregnant tu bergantung. Setiap org x sama. Ada yg dtg simptom mcm nak period contohnya sakit senggugut, tiba2 breast sakit dan rasa sensitif, rasa cramp sekitar perut dan ari2. Ada yg simptom mual2 loya2, muntah2, x selera mkn. Pengalaman sy pregnant anak first, 3 bulan x period. Cek upt memang negatif je. Sy x fikir apa pun sbb memang jenis period irregular. then 1 hari tiba2 rasa sakit mcm senggugut nak period so memang ingat nak period la sbb pegi klinik buat upt pun, result negatif. Sampai la x tahan, pegi hospital swasta, buat urine lab test, baru tau pregnant. Dah sebulan. Kali kedua pregnant, simptom loya muntah2 tp buat upt naik negatif je. Book appointment kat hospital swasta, buat test darah hCg, betul memang pregnant. Dah 5w. Kadang2 kita x boleh nak bergantung pd upt je nak tau pregnant. Kena cari alternative lain.
saya test seminggu lepas period tak datang datang. nak test awal takut kecewa. period saya teratur so bila delay tu try check, naik double line. mula tu samar lagi. then sedara suggest check lagi lepas seminggu. tapi tak sabar 3 hari kemudian check lagi result makin terang. lepas tu pergi klinik scan doktor cakap dah 8 minggu. masa awal tu rasa cramp perut tapi ringan ja, ada darah keluar sikit ingat nak period tapi tu sebenarnya bercak darah sebab berlaku penempelan..breast sakit & cekang. tu simpton yang saya rasa masa awal pregnant
Mcm sy awal bulan try upt negatif. Tpi gatal nk try buat lgi tgh bulan mcm tu time date period kebetulan lambat sehari. ehhh 2line naik terang. Bila kira dh 4w dh tnpa sedar ada yg teman sy kesana sini. Tpi sblm tu perut mmg meragam pakej kembong semua. 1st baby jdi mungkin sy x perasan kejadian aneh aneh ni. 😅
yup wktu pagi.
kalau sy,perut rasa sebu,kembung,rasa mild cramp area perut tu. instinct kuat rasa pregnant. sbb 2x sy pregnant xde alahan. cuma sensitive pd bau & bunyi. tak suka bau wangian yg kuat. 2hari sblm period sy dh cek. upt positive samar².
depends pada hormon hcg dlm badan. biasa nya kalau dah delay period tu mmg naik double line kalau pregnant. beli upt yg sensitivity tinggi
ya betul. clearblue digital tp agak pricey. kalau sis dah delay period, cuba upt dipntell dulu. kalau dipntell naik double line baru awak beli clearblue digital. sebaiknya test guna urine first pagi2 tu.
Masatu sy lmbt period 3 je hari then gedik gedik check ha terus nmpk line pregnant terang 🫠
wah best nyaa , saya sejak gugur tahun lepas .. dah fobia nak test upt .. sebab asyik negative 🥹
Cik Ayyie