alahan gatal
siapa2 ada pengalaman preggy alahan gatal2 penuh satu badan . boleh bagitahu apa y okayh ye . saya alaami alahan gatal y sangat terok 19weeks .

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda sekiranya anda mengalami alahan, cuba kenal pasti bahan alahan dan elakkan pada masa akan datang. Bagi ibu hamil, sila rujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat atau krim untuk merawat alahan bagi memastikan ubat tersebut selamat kepada anda dan kandungan. Selain alahan, gatal-gatal ketika hamil juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti masalah hati yang jarang berlaku tetapi serius. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor untuk kepastian. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi


