1st czer, 2nd normal

Siapa dekat sini anak pertama czer , anak kedua bersalin normal ? Boleh tolong sharekan tips dan pengalaman ?? Anak pertama sy lahir 2019 czer, jadi sy harap sgt anak kedua ni nanti due bulan 9 ni dapat lahir normal 🥺 boleh bantu sy boost up kan confident sy dan hilangkan rasa takut dan ragu2 ni ? Hmm#advicepls #pleasehelp #ingintahu

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hye sis. Saya anak 1st czer. Anak no.2 doktor bagi pilih nak czer atau normal. Saya pilih normal. Memang dari awal dah prepair mental fizikal nak bersalin normal. Tapi last minit kena czer jugak sebab ada masalah. Takda rezeki nak rasa bersalin normal. Lepasni kalau ke 3 dan ke 4 memang kena czer.

2y ago

Kedua-dua kaedah bersalin ada kebaikan dan keburukan masing2… tapi pada pendapat saya tak sepatutunya ada keburukan sebab bergantung cara penjagaan kita lepas bersalin tu.. kalau jaga elok semua akan okay akan baik tak sepatutnya ada keburukan… Macam saya czer 2x, kali ke 2 tu lebih bersedia la mental fizikal. sebab dah ada pengalaman sebelum tu. Memang akan potong tempat yang sama. Penjaga atas diri masing2 jugak. Jaga kebersihan tempat czer. Jaga makan minum jaga waktu rehat tidur. Macam saya 2 minggu pertama saya kurang angkat anak. Kalau nak nyusu, saya duduk dulu baru angkat. Berbanding 1st czer agak emotional sebab rasa sangat2 terbatas pergerakan. Better 1st to 2nd week suami kena ada disisi untuk support dari segi emosi yang penting. Tak kisah la bersalin normal ka czer ka yang penting persediaan mental tu yang penting… insya Allah semua akan okay…..