Mohon bantuan😥

Setahu saya, bayi 6 bulan ke atas baru boleh kasi makan kan. Anak saya baru 2 bulan 21 hari, adalah cucu pertama belah suami. Mak mertua saya ada beritahu katanya boleh kasi makan nestum sebab anak saya kuat minum susu. Nestum boleh buat dia kenyang. Saya ada rasa was2 tapi diam kan aje dulu. Disebabkan saya bakal naik keje lepas habis cuti bersalin, anak saya akan di jaga oleh mak mertua saya. Saya risau. Boleh ke bayi 3 bulan makan nestum? Dia siap beli botol yg ada sudu dkt depan tu😩 Saya dah beritahu dia, bayi 6 bulan baru boleh makan. Katanya “laki kau masa lahir dalam hari lagi ibu dah kasi makan nestum”. Saya ada suarakan dkt suami tapi suami pun mcm tak tahu nak tegur mcm mana maknya. Tolong. Apa patut saya buat eh?#firstmom #bantusharing #ingintahu

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Biasanya, penekanan yang diberikan oleh pakar kesihatan ialah memberikan makanan pepejal kepada bayi selepas usia enam bulan. Pada usia ini, pencernaan bayi sudah cukup matang untuk menerima makanan tambahan. Menurut panduan kesihatan, memberikan makanan pepejal terlalu awal boleh meningkatkan risiko masalah pencernaan dan alergi pada bayi. Walaupun begitu, saya faham kebimbangan anda kerana situasi anda memerlukan bantuan penjagaan anak oleh mak mertua anda selepas anda kembali bekerja. Namun, memberikan makanan pepejal seperti Nestum kepada bayi yang berusia 2 bulan 21 hari adalah tidak disyorkan oleh pakar kesihatan. Mungkin anda boleh cuba untuk berbincang secara terbuka dengan mak mertua anda tentang kebimbangan anda. Anda boleh berkongsi pandangan anda serta pengetahuan dari pakar kesihatan tentang perkara ini. Selain itu, anda juga boleh mencari alternatif yang lebih sesuai untuk bayi anda seperti susu formula yang sesuai untuk usia bayi anda. Mungkin dengan berbincang secara terbuka, mak mertua anda akan memahami kebimbangan anda dan bersedia untuk mengikuti panduan kesihatan yang betul. Juga, jika anda masih bimbang tentang situasi ini, anda boleh mencari nasihat daripada doktor kanak-kanak atau jururawat kanak-kanak untuk mendapatkan panduan yang lebih terperinci tentang pemakanan bayi anda. Mereka dapat memberikan anda nasihat yang sesuai berdasarkan keperluan dan perkembangan bayi anda. Saya faham bahawa ini adalah masa yang menekan bagi anda sebagai ibu baru, tetapi dengan berbincang secara terbuka dan mencari nasihat yang tepat, saya yakin anda akan dapat menangani situasi ini dengan baik. Semoga segala urusan berjalan lancar bagi anda dan keluarga anda. https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

sy faham sis mesti masih dlm dilema kan. sy pun mcm tuu jugak bulan 7 ni kena masuk kerja & hantar anak dkt SIL. sy tgk ank SIL perlakuan dia pelik, dia buat leher ank sy mcm nk kelar tp dgn tgn. suka tekan ubun2 ank sy. suka cubit sbb dia dengki. bila fikir nanti masuk kerja mcm mana la ek ank aku 😮‍💨 benci

Baca lagi
7mo ago

knp tk hntr kt org lain je sis , sy pun geram dgr .. ank sedara sy pun buat mcmtu hmmm benci jugak tgk

parents kena tegas lah. suami kena main peranan tegur mak dia. kalau itu pun suami xblh nk buat, awk hantar saja ank ke pengasuh. pedulikan mak dia dgn pemikiran nestum. jgn dibuat main ya benda2 gini. kena ingat ank kita, tanggungjawab kita. u know the rules, then follow.

kerja nanti mak mertua jaga anak? habis laa disumbat makan. cari la nursery hantar anak lagi senang nak atur.