semoga diberikan peluang lagi 🤍

seronoknya baca ibu mengandung kongsi pengalaman masing-masing. saya baru gugur jumaat lepas, kandungan 12w. punca gugur kandungan xmembesar. setiap kali scan mmg nampak kantung. saya bersangka baik, mgkn lg dua minggu nampaklah. tp saya salah, spotting makin lama makin banyak. sampailah jumaat subuh tu gumpalan darah beku keluar, sebahagiaan masih kat dalam perut. ikutkan isnin nak kena dnc, admit wad hari ahad. pujuk hati berharap semuanya keluar tanpa perlu dnc. dalam setahun dah dua kali gugur. fobia sungguh tengok darah turun mcm air 😭 skg tengah pantang kat rumah. doakan saya lepasni mengandung sampai bersalin selamat 🤍

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya pon bru keguguran last week. Kali kedua juga. Yg first bulan 3 tahun ni. Sec bulan 7.. Yg sec ni saya dnc. Bius separuh badan. Alhamdulillah xsakit dan 5min je dah settle. Tp ad la prosess dia. Kena cucuk itu ini la yg sakit. Lepas dh habis bius rasa la sakit2 lenguh belakang tempat bius. Cuma harini dah 8hari masih lagi keluar darah nifas. Allah uji tanda sayang. Sedih tpi kena positif. Tgk org lain.. Down, jeles, kecewa dan lain2.. Tpi kena kuat jgk. Semoga kita diberi peluang dan next time kandungan kita kuat.. Aaamiinnn 🤲🤲🤲🤲*buat masa skrg,saya rehat dulu. 😊

Baca lagi
1y ago

folid asid dr bg utk 3 bulan terus. ubat kuat rahim dapat 20 tablet. dr pesan ubat kuat rahim habis boleh beli kat farmasi.

saya mula kawin selang sebulan dpt anak 1st baby hidup, 2nd gugur kndungan 1bulan mcm tu, 3rd hidup, 4th gugur 5bulan, 5th pun gugur 5bulan sbb stress proses cerai. Now 2nd married dpt anak 3rd hidup, skrg tgh pregnnt 4th baby. gugur awal2 preggnt pun dh menangis bagai nk gila kan ibu2, lagi yg 5bulan dh nmpk rupa jantina 😢 sy faham sgt2, semoga lepas ni Allah ganti dgn rezeki lain yaa. aamiin🤲

Baca lagi
1y ago

ni pun second married saya. anak sulung 9 tahun. semoga lepasni dapat merasa mengandung dan selamat bersalin lagi 🤍

saya pun keguguran 4.7 ritu, kandungan 9weeks .. gi hosp scan doctor ckp tk de degupan jantung, doctor sruh blik tngu jtuh sndiri, kira2 lpas 1 jam blik rmh, time pi toilet nk kencing, kuar bnyk darah, lepas tu janin tergantung dh😭😭😭

1y ago

sama mcm saya haritu. tp saya keluar separuh dulu. pergi hta dr scan kantung dgn separuh lg elok dok dalam. dpt appt utk dnc, dah admit wad tetahu kantung keluar sendiri. skg tgh pantang hari ke 5.

Hai sis sy turun darah sebanyak ni juga khamis lepas. Sy terus pegi scan, masa tu baby ade heartbeat lagi. Tapi sy still keluar spotting2 sikit sampai sekarang walaupun dh mkn duphaston. Boleh jadi ke ancaman keguguran lagi

Post reply image
1y ago

Penuh satu pad ni mcm dh keguguran.. Sbb nurse pesan kalau penuh satu pad dtg klinik balik. #ancaman keguguran.. Apa2 pon g hospital utk double konfem.. Moga baik2 saja

Say pun pernh mcm sis blighted ovum , tp mertua sruh buat dnc sebb mertua cakap elok supaya bersih terus d dalam dn xde sisa . Then lepas 3 bulan stgh sy pregnant lagi & smuanya sihat2 sja

1y ago

saya pun dpt appointment dnc gh. tp sebelum sempat dnc, kantung dah keluar. dr scan, seluk bawah dah kosong. tak sempat nak dnc.

saya pun sama. baru lepas keguguran kandungan pertama 2 minggu yg lalu. seronok baca kisah2 ibu yg sedang hamil. doakan saya juga diberikan rezeki baby lagi.

1y ago

semoga kita semua diberi rezeki mengandung lagi.

Salam takziah . Jangan lupa nanti berurut ye . Saya pun sama tahun lepas . 2 kali keguguran . Rasa fobia sangat2 nak mengandung 😢😢.

1y ago

fobia tengok darah mengalir banyak. mana sambut janin sendiri kat toilet 😭 betullah org kata, gugur ni sakit. masuk hospital berapa kali kena muncung itik. fobia betul 🤦‍♀️ lepas pantang nanti saya berurut. skg masih kebas perut, kdg pening kepala.

Kalau ada sejarah keguguran camni please rancang kehamilan sis. Bagi badan fully recovered dulu, pantang betul2 then baru try to conceive lagi ya..

1y ago

keguguran pertama lepas saya sanding. jarak 6 bulan baru saya pregnant lagi. ikut apa dr sarankan, rehatkan rahim utk 3 atau 6 bulan.

saya dah rs cmna keguguran thn lps, skrg ni tgh preggy semula 10 week, semogan kndungn kali ni sihat

1y ago

jaga diri sis. doakan saya jugak ye. semoga diberi kesempatan mengandung dan melahirkan dengan selamat lg 🤍

Awk spotting yg macam mana? Lendir² atau mmg fresh blood?

1y ago

lendir je memula. keluar sekali dgn keputihan. dah 6 hari spotting sikit, baru keluar darah cair mcm period tu.