Perancang keluarga

Hi semua, sy first mom. Sy bf baby, saya ada perancang cucuk depo. Tapi sy rasa tk best sebab selalu emosi & rambut gugur banyak sangat. Mommy lain boleh share pengalaman? Sy amik depo ada period lebih 20hari tapi sikit2. Saya macam nak cuba implan ok tak? Kalau merancang sendiri pula tu macam mana? Ada tips? Memang saya & suami tknak baby baru utk 3-4 tahun ni. Harap dapat bantu #ingintahu

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya first mom dan ambil depo juga. dua kali cucuk depo dulu mmg sy pun mslh period yg berpanjangan tapi sikit... sy pun bercadang nak berhenti awal tu, tp Dr sarankan utk teruskan sampai 4x cucuk sahaja, lebih kurang setahun macam tu. bila ambil depo ni, saya punya masalah berat badan meningkat mendadak. makan pun sgt banyak berbanding biasa. bila dah selesai cucuk depo, nafsu makan saya berkurang cuma masalah berat yg tak nak turun. hahaha. saya jumpa Dr utk check hormone dan sebagainya... sbb lepas cucuk depo kali keempat tu, sepatutnya after 3 bulan, period akan dtg mcm biasa, tp period sy tak dtg... jd sy jumpa Dr utk cek hormone dan hampir 3 bulan sy jumpa Dr utk stabil kan dan betulkan semula period sy. appointment last sy lepas 3 bulan jumpa Dr utk betulkan cycle period, Dr ada suggest utk guna perancang lain, tp saya tak nak sebab risau kacau hormone lg. Point saya di sini, saya tak pasti kalau perlu ada tempoh utk tukar jenis perancang... kena tanya Dr utk yg ni. Sekarang ni, sy merancang sendiri yang mana saya perlu tahu bila waktu subur dan biasanya waktu subur adalah hari ke-12 hingga ke-16 dari first day period. Jadi, just avoid hari tersebut... dan merancang sendiri pun perlu ada kerjasama dengan suami juga. Suami mungkin boleh gunakan kondom atau buang di luar.

Baca lagi