8 Balas
Hye sis… Saya ada pengalaman ambil depo selama 3tahun… Tahun pertama period okay. Masuk tahun ke 2 period dah tak menentu, kerap margarine, selalu emosi. Masuk tahun ke 3 berat naik mendadak, dan masalah period bertambah teruk, period non stop. Saya ambik depo di klinik pakar, dan memang jumpa doktor pakar. Doktor suggest tukar kaedah perancang depo kepada iucd. Saya pernah mintak nak implan, tapi doktor cakap depo dan implan sama cuma kaedah ja lain, depo kita cucuk, implan kita tanam bawah kulit. Kalau dengan depo tak sesuai so implan pon mungkin tak sesuai. Ada jugak nak tukar makan pil perancang, pil perancang pon ada kacau hormon. Yang memang ada masalah hormon better elakkan ambil pil. Tempoh untuk tukar kepada iucd tu takda tempoh, contoh, patut harini saya kena ambik depo, tapi doktor terus masukkan alat iucd. Tak perlu nak jarakkan masa untuk tukar. Lepas pakai iucd, ambik masa 2 ke 3 bulan jugak untuk hormon stabil. Dalam tempoj doktor ada bagi jugak ubat stabil hormon. Lepastu alhamdulillah period saya normal. Regular every month. Paling tak pon awal sehari atau lewat sehari. Migraine dah takdak, emosi rasa macam okay sikit.Sekarang dalam usaha nak turunkan berat badan. Badan kita tak sama, setiap kaedah hasilnya berbeza ikut badan masing2. Sekarang dah setahun saya pakai iucd alhamdulillah okay takda kesan sampingan sebab alat ni tak kacau hormon langsung. Saya pernah jugak rancang sendiri masa lepas lahir anak pertama, tapi lepas setahun mengandung anak no.2, so lepas bersalin doktor suruh guna jugak apa2 perancang untuk jarakkan kehamilan Sebab saya czer anak no.1 dan no.2… So far saya recommended iucd sebab murah, tahan 5tahun, bila2 ja boleh keluarkan, tak kacau hormon. InsyaAllah
Saya first mom dan ambil depo juga. dua kali cucuk depo dulu mmg sy pun mslh period yg berpanjangan tapi sikit... sy pun bercadang nak berhenti awal tu, tp Dr sarankan utk teruskan sampai 4x cucuk sahaja, lebih kurang setahun macam tu. bila ambil depo ni, saya punya masalah berat badan meningkat mendadak. makan pun sgt banyak berbanding biasa. bila dah selesai cucuk depo, nafsu makan saya berkurang cuma masalah berat yg tak nak turun. hahaha. saya jumpa Dr utk check hormone dan sebagainya... sbb lepas cucuk depo kali keempat tu, sepatutnya after 3 bulan, period akan dtg mcm biasa, tp period sy tak dtg... jd sy jumpa Dr utk cek hormone dan hampir 3 bulan sy jumpa Dr utk stabil kan dan betulkan semula period sy. appointment last sy lepas 3 bulan jumpa Dr utk betulkan cycle period, Dr ada suggest utk guna perancang lain, tp saya tak nak sebab risau kacau hormone lg. Point saya di sini, saya tak pasti kalau perlu ada tempoh utk tukar jenis perancang... kena tanya Dr utk yg ni. Sekarang ni, sy merancang sendiri yang mana saya perlu tahu bila waktu subur dan biasanya waktu subur adalah hari ke-12 hingga ke-16 dari first day period. Jadi, just avoid hari tersebut... dan merancang sendiri pun perlu ada kerjasama dengan suami juga. Suami mungkin boleh gunakan kondom atau buang di luar.
hi. mommy anak 2 here. 4y, son and 5m, daughter. and 2nd baby ni i amek depo juga. rambut gugur and emosi tak tentu pasal itu normal ya. sampai anak dah umur 2 tahun, baru body kita akan normal balik macam before pregnant dulu and kita rasa macam life kita reset balik dari segi mental, physical, emotion semua. tips i untuk jarak ideal i buat tu, memang kena pakai protection masa bersama and ensure keep merancang sampai la u rasa nak 2nd baby okay
Klu bab emosi &rambut gugur tu rsenye bkn effect depo, memg lps bsalin mostly mak2 jd mcm tu.. Klu nak rancang sendri, 1st kne kenal bdn sendri dlu.. mksudnye, period tu regular ke x, ovulation slalu nye hri ke berapa... klu bley detect yg nie snang nk merancang sme ade x bsama waktu subur/ pki kondom/ buang luar.. cara yg palg slamat, jgn bsama pd waktu subur/beberapa hri sblum waktu subur sbb ovum bley btahan 24jam & sperm bley btahan smpi 5-7 hri dlm bdn..
apa keadah merangcang mmg ada kesan sampingan. mcm period berpanjangan. sakit kepala (migrain). berat badan naik mendadak. rambut gugur pula bukan disebabkan cucuk depo awak. itu mmg hormon kita. semua mommy mmg akan menghadapi masalah keguguran rambut. merancang sendiri ataupon guna keadah merancang semua kena double triple protection. awak dn husband both kena main peranan sama2. kalau awak je jaga husband xpakai pape. xjadi juga
saya amek depo bulan 6 then bulan 7 tu period mcm biasa tapi untuk bulan ni 8 tak keluar lagi period🥹 normal ke?
Normal if depo. Implanon pun ok. Any perancang memang akan ada side effect.
saya baru first baby..
Anonymous