7 bulan nikah, tetapi belum hamil

Hi semua. Saya sudah 7 bulan nikah, tapi belum lekat.. Sya ada masalah period tak teratur. Perlu ke saya pergi buat check up atau tunggu hingga setahun? Adakah terlalu awal untuk buat sya buat check up. Tolong bg pendapat ya. 😌 #ikhtiarhamil ##ingintahu

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy 3 tahun TTC. period dari sekolah mmg tak pernah ok, kadang skip sebulan kadang lebih. cycle mmg panjang cecah 35-45 hari. tahun kedua TTC, sy ajak husband ikhtiar. nak kena check jugak apa tak kena. pergi swasta, buat transvaginal scan. doc ckp i ada mild PCOS. doc prescribed Duphaston, makan 3 bulan. & period ok. sejak tu i jaga makan (terlajak makan kadang tu biasalah haha) & byk bergerak/senam ringan. 2021 ni tahun ketiga TTC, puasa haritu last i period. ingatkan jadi irregular balik, so i biarkan je. tergerak nak check 2 minggu lepas, Alhamdulillah UPT positive. i tukar makan folic acid yg jual kt farmasi tu kepada brand Blackmores (folate), rupanya i baca kita perlukan 400-500mcg sahaja. yg kat farmasi mostly 5mg (ada bezanya). apapun, rezeki Allah takkan pernah salah alamat. Dia akan beri pada ketika kita memang perlukan, bukan bila kita mahukan. banyakkan sangka baik dgn Allah, tahajjud kalau boleh, jaga hubungan sesama manusia (suami, mak ayah/mertua, adik beradik), banyakkan sedekah walau RM1, jangan malu minta orang doakan kita. moga dipermudahkan ya :)

Baca lagi
4y ago

In sya Allah sis, terima kasih atas nasihat & share pengalaman sis😍 Kalau folic acid appeton tu ok ke sis? Sya baru start makan. Sya punya period cycle pun panjangg, macam sis jugak.. Tahniah , moga baby & ibu sihat😍