Pandang rendah

Hi semua. Saya sedih sbb selalu dipandang rendah oleh suami sendiri. Dah setahun saya berhenti kerja untuk suami. Katanya dia mampu and mahu anak saya yg uruskan. Then lama2 dia mcm pandang rendah pada saya. Mula saya mintak duit belanja lebih sikit dia cakap saya boros tak pandai urus duit. Dia tak tahu brg makin mahal. Then baru2 ni tangan saya kena ekzema sbb xtahan sabun. Saya ngadu katanye saya ni pengotor tu sbb tangan jadi mcm tu. sedih la rasa. Macam mana nk ada semangat. Tengok wanita lain surirumah juga tapi bergaya. Memang kalau nk berubah bermula dgn duit ke? #PleaseAdvice

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Antara salah satu silap kebanyakan isteri adalah menuruti kehendak suami suruh berhenti kerja atas alasan dia mampu. Selalunya mesti jd mcm ni, suami akan rasa besar kepala mcm dia atas dr org rumah sbb ada gaji, sampai dia yg 'bg gaji' kt org rumah. Tp sy faham puan pilih yg terbaik utk keluarga puan. Tak salah pun jadi surirumah, banyak je kebaikan kalau nk diikutkan. Cuma saya kata silap tu sbb terkadang ada suami lupa diri perasan dia paling hebat hanya sbb dia je yg bawa income utk keluarga. Banyakkan berdoa utk suami lembut hati dan turunkan ego. Kalau suami kata pengotor sbb tu tangan jd mcm melepuh sbb selalu kena sabun, boleh cari artikel yg ada membuktikan penggunaan sabun keras yg kerap boleh rosakkan tangan. Hantar kat suami kata mmg benda ni normal akan jadi. Perihal duit, kalau suami kata tak perlu duit lebih, puan senaraikan barang yg perlu dibeli sekali dgn harga. Tunjuk dkt suami harga barang yg dibeli cecah berapa ringgit. Duit ni bukan segalanya tp mmg betul kadang sbb duit, suami isteri bergaduh. Isteri ada duit sendiri pun salah, tak ada income sendiri pun salah. Bila isteri bergaji, tercalar ego takut isteri tak patuh kat suami, bila isteri tk bergaji, kembang ego rasa dia lg besar dr isteri. Mcm mcm... banyakkan berdoa ya puan.

Baca lagi