Stok susu anak
Hi semua, saya nak tanya as working mom, bila you all start masuk kerja mcm mna nak bekalkan susu perahan utk anak kepada pengasuh ? sekarang susu saya boleh katakan cukup2, susu yg saya pam hrini mmg anak akan hbiskan hrini jugak. boleh share tips mcm mna saya nak start bekalkan susu nnti sebab tak lama lagi saya bakal masuk kerja balik jdi saya nak kena buat persiapan. #ingintahu #bantusharing #pleasehelp #firstbaby
cara saya, awak kena prepare awal sebulan sebelum masuk kerja. label setiap hasil perahan siap² dalam setiap botol. perahan yg terakhir, awak boleh combine ikut keperluan anak dalam satu breastmilk storage yg ziplock tu. cth botol pertama (4am)-20ml. botol kedua (6am)-30ml. botol ketiga (8am)-20ml. anak awk sekali menyusu, 2oz=60ml, awak combine 3 botol perahan tdi cukupkan 60ml, masuk storage bag, labelkan tarikh, masa paling awal perahan, dan kuantiti. contoh (04/10/23 - 4am - 60ml) baki 10ml dari 3botol td, boleh masuk dlm storage seterusnya utk cukupkan 60ml. dan kena label masa 8am la. ketahanan susu perahan dlm chiller (3 hari). dlm peti beku (3bulan). freezer (6bulan). nasihat sy, asingkan storage bag dari bahan basah yg lain. kalau ruang tak banyak, boleh susun dan simpan storage bag dlm bekas/tupperware supaya x tcampur dgn bahan basah yg lain utk jaga kualiti dan kebersihan susu perahan tadi.
Baca lagiSaya bagi breastmilk & small packet formula milk kat pengasuh. Pengasuh akan bagi breastmilk dulu, tak cukup baru bagi formula milk. Bagi saja pengasuh apa2 breastmilk yg ada dlm cooler bag with ice brick, selebihnya top up ngan susu formula. Saya lepas balik keje, susu breastmilk kurang dah sebab stress dan tak de masa pam. Saya pam 2 kali je masa keje. Kalau anak sis hanya direct feed, kena mula bagi anak botol. Saya tak de stock jadi susu saya semua dlm chiller in liquid form, pengasuh tuang sendiri brp oz dia nak bagi.
Baca lagiSiap2 masuk dlm botol & labelkan. Contoh anak minum 5oz..so standby 5oz x 5 botol then letak nombor. Nombor 1 tu untuk susu perahan yg lama & botol no. 5 untuk susu perahan yg paling baru. So babysitter akan gunakan susu perahan yg lama (no. 1) dulu. Ni cara sy buatlah. Kalau guna plastic storage label guna marker je no. 1 - 5. Kalau guna botol sy label guna masking tape. So babysitter pun tak payah nak pening2 tgk Tarikh bagai semua tu. Just ikut nombor.
Baca lagisye akn bgun awal pgi dlm kul 5mcm tu untuk siapkan beg susu dia, letak ice pack and nnt mntk pengasuh simpan dlm peti ais dia. sye bekalkan dkt pengasuh dlm 5-6botol shari depends jgk pd brapa bnyk oz yg sye dpt masa pam tu. kdg dpt 3-4 botol je. sye siap2 tulis nombor dkt botol tu so nnt pngasuh akan bg ikut nombor je.
Baca lagiyg penting kena cekalkan hati kuatkan semangat nak susukan anak.. perjalanan menyusu 2tahun tak mudah tapi insyaallah byk kebaikan dia & ganjaran Allah bg. kalau tak kuat semangat senang sgt nk kandas ambil jln mudah bg fm. kena pastikan susu perah harini cukup utk bekalan anak hari esok. xyah banyak2, tp kena cukup..
Baca lagidari masa pantang kena buat stock. boleh follow fb happy breast feeding Malaysia. sana mereka ada ajar.
awak mmg epmom (exclusively pumping mom) ka? cuba share jadual pump awak?
awak boleh refer link tiktok sy. sy ada share cara penyediaan stock ebm ke pengasuh https://vt.tiktok.com/ZSNNDrxLt/
Saya letak 3oz x 7 @ 8 botol 7am - 6pm Pam hari ni utk bekal esok..
Baca lagi