POSTPARTUM

Hi semua. Saya dah selamat bersalin 1 Mei haritu dkt PPUM. Sekarang dah hari -15. Siapa dekat sini yg dah bersalin juga? Apa perasaan korang ya sekarang dlm masa berpantang? Saya rasa sunyi sangat walaupun berpantang dgn family. Hari kerja tak ada orang, tinggal berdua dgn baby je. CL pun dah habis hari-11 haritu. Maybe sbb dah biasa bekerja, aktif, bersosial. Sekarang duduk rumah dgn baby je. Nak tahu apa perasaan korang ya? Saya sorang je ke rasa macam ni masa postpartum #firstmom

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

pengalaman berpantang anak 1st masa tinggal dgn mertua. ok la sebab ada yg tengokkan baby bila sy tidur. cuma sy sejenis yg memang suka tinggal sendiri,jd rasa tak selesa pula sebab ada ramai org serumah. tp tak ada la sampai stres. berpantang anak 2nd dan 3rd tinggal rumah sendiri,berpantang sendiri lg buat sy tenang. tak ada yg bg pantang larang yg buat sy tak selesa. ikut cara sy,makan apa ja sy nak,Alhamdulillah sgt membantu proses penyembuhan selepas bersalin.

Baca lagi