POSTPARTUM

Hi semua. Saya dah selamat bersalin 1 Mei haritu dkt PPUM. Sekarang dah hari -15. Siapa dekat sini yg dah bersalin juga? Apa perasaan korang ya sekarang dlm masa berpantang? Saya rasa sunyi sangat walaupun berpantang dgn family. Hari kerja tak ada orang, tinggal berdua dgn baby je. CL pun dah habis hari-11 haritu. Maybe sbb dah biasa bekerja, aktif, bersosial. Sekarang duduk rumah dgn baby je. Nak tahu apa perasaan korang ya? Saya sorang je ke rasa macam ni masa postpartum #firstmom

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya nak luah jugak tapi panjang sikit. saya tgh berpantang hari ke 20. baby boleh discaj hari ke 3 terus saya balik rumah mak saya. kat rumah mak ada mak ayah dgn anak saudara umur setahun lebih. seminggu pertama tu suami cuti jadi dia banyak tolong urus saya dan baby. mak saya urus makan, tungku dll. mak selalu masak lauk untuk serumah ikut apa yg saya boleh makan jadi takda la buat saya teringin nak makan benda yg tak boleh. minggu kedua, suami dgn mak dah start kerja jadi saya duduk berdua ja kat rumah dgn baby. suami balik selang 2 hari sekali sbb kerja jauh, jadi perasaan saya bercampur baur kena berjauh dgn suami, kena urus anak sorang2 dgn luka epi masih pedih. so minggu ketiga saya ikut suami balik rumah sendiri ingat nak pantang sendiri. tp tak jugak, sbb rumah mentua dekat dgn rumah saya jadi saya kena sambung berpantang kat rumah mentua. kat sini ramai ada, ramai yg tolong tengokkan baby. cumanya saya rasa kosong sbb saya dapat baby waktu menyusu dgn waktu malam sblm tidur ja. kalau saya bawak baby masuk bilik untuk menyusu, lepas habis menyusu terus mak mentua ambik bawak keluar bilik, tak bagi baby duduk bilik. nak bonding dgn baby pun tak boleh sbb waktu lain baby ada kat dorang. saya ni duk ja la kat bilik sorang2 mcm orang takda baby. kat sini saya duduk bilik adik ipar, jadi kejap2 ada yg masuk bilik. kalau kat rumah mak saya duk bilik sendiri, nak menyusu buka baju pun takda masalah, nak londeh kain nak cuci luka bawah pun takda masalah, pergi tandas berkemban pun takda masalah. kat rumah mentua ada ayah mentua dgn abg ipar jadi nak pergi tandas kena bertutup agak leceh sikit la. privacy tu takda. luka bawah ni pun tak berapa terjaga sejak balik duduk sini. lepastu ada la yg saya terasa sikit bab makan, sbb mak mentua masak lauk asing. orang lain dapat makan sedap2, saya dapat tengok ja sambil makan ikan kosong dgn sayur. benda yg mak saya bagi saya makan (ikan masak asam, daging goreng, jemput bawang) mentua kata tak boleh sbb berminyak la apa. tp yg peliknya process food mcm burger dgn fries tu kata saya boleh makan pulak. pastu apa2 hal pasal anak saya semua kena ikut cakap mentua. saya dgn suami lawan pun jadi mcm salah dekat kami. saya dgn suami mcm tak layak bersuara sbb kami first time parents😌 skrg ni saya tak sabar tunggu suami cuti sbb nak balik duduk rumah sendiri

Baca lagi

pengalaman berpantang anak 1st masa tinggal dgn mertua. ok la sebab ada yg tengokkan baby bila sy tidur. cuma sy sejenis yg memang suka tinggal sendiri,jd rasa tak selesa pula sebab ada ramai org serumah. tp tak ada la sampai stres. berpantang anak 2nd dan 3rd tinggal rumah sendiri,berpantang sendiri lg buat sy tenang. tak ada yg bg pantang larang yg buat sy tak selesa. ikut cara sy,makan apa ja sy nak,Alhamdulillah sgt membantu proses penyembuhan selepas bersalin.

Baca lagi