Tertekan dengan orang tua
hi semua. saya baru selamat melahirkan anak secara czer bulan 11 haritu dan sekarang tengah berpantang di rumah mak saya. saya bersyukur dan berterima kasih dekat mak abah sebab sudi jaga saya dan baby masa berpantang. tapi saya rasa sedikit tertekan dan tersepit. memandangkan saya sedang cuti berpantang, saya dan suami bercadang untuk brestfeed baby sekurang kurangnya sehingga habis pantang. tapi mak saya berkeras dan tetap bagi baby susu formula, dengan alasan, nanti senang saya bekerja dan tak susahkan pengasuh di masa akan datang. saya dan suami pejam mata dan bersabar. kali ni, mak berkeras untuk tidurkan baby dalam buaian walaupun saya dan suami dah cakap yang kami tak mahu biasakan baby dengan buaian. tahu tahu je, buaian dah siap pasang masa suami tengah kerja. suami balik balik, terus badmood. saya rasa bersalah sangat. nak melawan mak, derhaka. nak menangkan suami, tak berdaya. haih ada tak yang hadap sama macam saya? 😞