Muntah berapa kali

Hi semua, nak tanya biasanya yg kena morning sickness ni normal blh muntah berapa kali? Saya sebelum ni jarang muntah, slalu pagi masa perut tgh kosong itupun skali je. Hari ni baru masuk 11weeks, 3 kali muntah. Dah makan pun dia jadi loya and keluar balik.. Hampir la rasa nak pitam tu, tapi lepas makan lagi skali dah ok.. cuma badan rasa tak larat sikit.. momies semua slalu muntah brapa kali? #firstmom

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya sblum 10w takde pun muntah2, mual je slalu. Tp masuk 10w jadi teruk asal mkan je muntah balik. So kalau mkan 3x maka muntah la 3x juga. Selepas makan je muntah wajib. Ni dah masuk 12w ni pun sama je dah 2 minggu tanggung derita makan muntah makan muntah. Xde dah rasa loya2 dia trus muntah. Hadap je la🥲 dah la nxt checkup kk 8/5 ni, harap xde la sangkut kencing kotor ke ape sbab smua yg masuk mesti kluar balik.

Baca lagi

sy pernah kena sorg ank tu Dari pg smpai ke mlm muntah..xde limit muntah brape Kali..tgh tido pun terbangun sbb nk muntah.mcm kain buruk mse tu