HB RENDAH

Hello semua, macam mana nak bagi hb naik? Penat dah try macam macam. Waktu buka buku pink, hb saya borderline 11.0 waktu ni saya makan acid folic appeton and dr bagi saya zincofer tp saya tak boleh telan lepas 2 kali makan. So saya tukar ke maltofer beli sendiri. 2nd checkup hb saya terus drop ke 9.7 and dr naikkan maltofer 2 biji. And paling latest hb saya drop lagi 9.5 😭 saya ada try calla milk, pati delima, bayam, kerang dan sebagainya. Nak kata saya ni hari hari kafein, memang tak. Saya pantang minum tu semua. Sejarah thalasemia pun tak pernah ada. Minggu depan saya kena ambil darah sbb makin drop hb saya 😭taktahu kat mana yang tak kena, cara pemakanan ke? Cara makan ubat saya ke? Sesiapa boleh bantu? #pleasehelp #ingintahu #firstbaby

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy pon sama hb asyik drop..makn zincofer juga..dr 11 ke atas drop smpai 9.4..sy mkn jambu batu, kurma,kerang, bayam, pucuk keledek, jarakkn minum susu daripada time mkn ubt..mkn ubt tgh mlm time perut kosong bersama minum air jus2 dan pati gulsan tp still x naik2 dr 10.3..setiap 2 mggu sekali kne checkup, ambik darah kat jari, kat lengan, dh ambik darah serumceratin..nasib kputusan ok sikit so dctor kiv dulu utk cucuk masukkn ubt zat besi..beberapa hari lg doctr dah reffer jumpa pakar pemakanan pulak..mcm2 dh usaha dan masih usaha..

Baca lagi

sy aritu dpt zincofer 11.1. next checkup turun 11.third checkup 11.1..semalam jumpa dr pakar 10.9 pakar terus tukar iberet. kalau still jugk x ok dr nk ambil sample najis nk tgk kndungan zat besi dlm bdn.. sy mkn mmg pantang sbb sy penghidap asthma. cuma dr pesan jgn panik jgn terlalu stress pk hb naik turun . teruskn pemakanan yg sihat, mkn apa yg dr suruh . elak yg xleh dimakan dan paling penting jgn skip ubat

Baca lagi

saya pun makan maltofer sbb sama mcm sis tak boleh telan zincofer. saya amalkan makan maltofer bangun lewat malam. pukul 2/3, masa perut betul2 kosong. kemudian saya minum dengan pati delima gulsan bancuh air suam. terpulang sis nak bancuh atau nak minum camtu je. Alhamdulilah, last check up masih ok. hb 14. kurang kan minum kafein dan bersusu.

Baca lagi

Sy amalkan makan asid folic ibret (mkn 2jam sblm mkn or 2 jam slps mkn, ketika perot kosong) n D'aura kapsul minyak kelapa dara softgel... Alhamdullilah hb cantik... Xpernah lagi pen merah... N sy jugak amalkan makan buah jambu batu dan delima merah...sekarang kandungan nak masuk 20minggu

awak mkn ubat mcm mana? sebaiknya masa perut kosong. nak paling terbaik, mkn masa tgh malam. set jam 3 4 pagi bangun makan ubat je. buat seminggu, tgk hasil dia 😃mkn jambu pun the best. sebab tinggi zat besi and vit c at the same time

2y ago

try makan jambu batu , Sy Alhamdulillah hb atas 12

sy pn mkn maltofer fol tu..hb 11 ke atas..lepas tu hari² mkn jambu batu..sebiji tu buat 2 kali mkn.. dlm smggu tu mnum air perahan limau kasturi 1-2 kali.. cuba la..tp sy mkn maltofer pg dlm 20-30minit sblm srpan.. sbb xleh lama² nnti jd loya..

Amalkan makan kurma , atau minum susu kurma .. makan makanan sunnah , makan buah jambu batu . Mnum susu kambing . InshaaAllah naik hb . Saya dulu macam tu jugak , lepas hb rendah tak oernah miss makan kurma

Jgn mkn ubat dgn susu. Jarakkan sis. Lg elok mkn ubat dgn air oren atau air yg mengandungi vitamin c yg lain. Boleh mempercepatkan penyerapan asid folic

try amalkan jus marigold peelfresh yg ada tulis powerjuice. minum slps makan ubat zincofer / maltofer tu. sy dh try, mmg hb naik. sblm ni drop jee

mkn buah naga and jambu batu and minum nestum oat in shaa allah and mkn ubt yg tmbh hb tu b4 mkn and jarakan beberapa jam dr ubt yg lain