Nak share experience kena kayap waktu kandungan 33 minggu #firstpregnancy

Hi semua, I baru sembuh daripada penyakit kayap. Allah, tuhan je tahu sakit dia macam mana. First time kena hari Isnin rasa sakit kat bahagian perut, tapi keluar merah merah. Ingat ruam tapi sakit dia macam cucuk cucuk api. Hari esok pagi tu keluar biji biji kecil, nasib memang ada appointment dengan doctor kk, terus tanya doktor and dia sah kan I terkena shingles/kayap. Terus risau kan baby sebab dah 33 minggu takut effect baby. Alhamdulilah tak effect apa cuma dia bagi ubat aciclovir cream dengan pill, habis kan dalam masa seminggu. Dia kata I bernasib baik sebab datang awal, kalau tak kayap ni boleh kena sampai sebulan. Alhamdulilah kayap I tak sampai seminggu dah kering. I harap ibu ibu kat luar sana tak kena kayap ni macam I, sakit dia, I menangis hari hari tak tahan. Macam kena api melecur. Doktor kata punca immune sistem kita lemah, and sebab virus ni keluar asal dari chicken pox kita pernah kena waktu kecik dulu. I punya kayap dari depan perut sampai belakang badan bahagian kanan sahaja. Tak tahan je mandi sampai 4 kali sehari dengan air sejuk, lega sekejap. Kebetulan mak I bagi I air penawar garam dibacakan ruqyah, dia mintak I tuam kan sahaja air tu kat kayap tu. For me just buat je sebab garam kan antiseptik, mungkin membantu keringkan. Alhamdulilah tak tahu lah sebab ubat kk ke, air penawar tu ke atau doa orang sekeliling sembuh cepat sangat sampai doktor pun puji. Untuk baby pulak, lepas scan okay je tak effect apa apa, waktu i sakit kayap tu dia aktif je gerak gerak, sedikit sebanyak rasa lega baby okay. So nasihat I, kalau keluar ruam ke apa terus pergi jumpa doktor cepat cepat, kita wanita mengandung ni senang kena penyakit, i doakan semua mommys kat luar tu dipermudahkan urusan okay, aamiin.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

tgh alami skrg... pedih 😭... gi klinik swasta, dpt ubat mkn 4 jenis (termasuk ubat demam, if demam) & ubat sapu... tp, risau nak mkn ubat² tu, takut effect kat kandungan... camne eh? huwaaaaa 😭😭😭... #firsttimer #firstmomtobe #25weeks4days

Baca lagi

alhamdulillah