Normal ke kalau period sampaikan darah terkeluar banyak & teruk selepas 2 bulan tak period?

Semasa 2 bulan saya dah tak period, saya cubalah check menggunakan preg test untuk kepastian, tetapi masih jugak negatif dan selepas 2 bulan saya tak period, tiba-tiba saya period dengan mengeluarkan darah yang sangat-sangat banyak dan terdapat banyak ketulan darah yang keluar. Saya sangatlah panik sebab tak pernah period sampai teruk macamni sekali dan sepanjang saya tak period selama 2 bulan tu, perut saya kerap sangat cramp and sakit sangat-sangat. #seriusnanya

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya pernah tiba2 keluar darah ketul2 panjang banyak sangat. tak cramp, tak sakit cuma rasa darah keluar banyak sangat. kepala duk fikir eh aku gugur ke? bila check kat klinik, dinding rahim jadi clear means bersih daripada dulu. kiranya yang keluar tu semua darah2 kotor yang melekat kat dinding rahim.

Baca lagi