Mual, nak pitam, nafas laju & berpeluh2
Semalam sebelum appointment doc 31 weeks sy muntah banyak & cirit birit lepas muntah. Pergi KK ambik darah, urin, BP semua bacaan ok. Doc pun takda ckp apa2 yg merisaukan sbb semua bacaan ok, sampai doc kata awk nk masuk wad ke nampak tak larat sgt ni ? tp bacaan air dalam badan awk ok je ni. Tp lepas balik rumah continue cirit birit berkali2. Harini pulak rasa mcm nak pitam kalau jalan dua tiga langkah, buat kerja rumah sikit kena terus duduk, bernafas laju, berpeluh2 tp badan rasa sejuk je? Sy tak faham sbb baru je semalam appointment and semua ok je. Jantung baby pun ok & gerak aktif mcm biasa. Parents dh risau cirit birit takut terberanak awal. Saya pulak tgh confuse kenapa rasa mcm ni ya sedangkan bacaan semua ok. Tak selesa sungguh ya rasa tak sedap badan ni, nk makan pun tak lalu, takut termuntah. Ada tak mommies pernah macam ni? #Needadvice