Susu Badan Drop

Selepas bersalin susu badan saya banyak sampai over supply dan boleh buat stok. Lepas anak masuk dua bulan lebih, susu dah start drop. Sekali pump dapat dalam 1oz -2oz. Nak pump pun macam tak semangat. Boleh bagi tips nak naikkan balik supply susu#ingintahu #seriusnanya #firstbaby #bantusharing .

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Awak stress atau penat ke? Saya pernah alami. Masa tu anak masuk 3 bulan. Saya pun dapat tips daripada mommy dalam TAP ni. Alhamdulillah. Tipsnya - Jangan stress. Stress ni milk killer. Bila kita stress boleh mempengaruhi pengeluaran susu. Borak dengan suami. Luahkan apa je yang awak rasa. - Jangan penatkan diri. Kalau penat ambil masa untuk bertenang. Minta bantuan suami juga. - Jaga jadual pam susu setiap 2-3 jam. Jangan culas. Susu badan ni konsepnya Supply vs Demand. - Cari milk booster awak. Setiap orang milk booster tak sama. Macam saya susu and any kind of salads. InshaAllah you can do it 💪🌹

Baca lagi
1y ago

Amin ! terima kasih

1) pegang konsep asas penyusuan susu ibu iaitu DEMAND (permintaan) tak kisah la dr baby directfeeding mahupon awak mengepam vs SUPPLY (penghasilan / pengeluaran). selagi awak jaga both ni selagi tu susu bdn awak akan maintain. boleh share apa yg buat awak rasa susu badan awak drop? baby awak mmg x directfeed ke? or awak mmg epmom

Baca lagi
1y ago

before ni sekali pump saya boleh dapat 5 oz ke atas ikut jadual pump. baby directfeed jugak. cuma bila nak start kerja, kena start standby stok. sekarang ni bila start pump boleh dapat 1-2oz or below. agak stress sikit lah. saya fikir sebab ambik jamu tu effect supply susu

penat ke?bykkan rehat

1y ago

mungkin lah, sebab saya jaga anak sorang. pjj dengan husband