Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Yamuna Ramadas, Pantai Hospital Ampang.

Selamat Sejahtera Semua! Isu bayi prolonged jaundice sentiasa menjadi isu kepada ibu bapa baru. Bila anak terkena jaundice lebih daripada seminggu atau dua minggu mesti kita semua dah jadi binngung dan tidak pasti nak buat apa lagi kan. Lagi-lagi sekarang, bila bercakap tentang jaundice je mesti semua orang cakap kena banyakkan susu badan, susu ibu adalah yang terbaik, teknik penyusuan kena betul dan lain-lain lagi. Betul ke normal jaundice dan breastfeeding-jaundice ni ada perbezaan? Tahukah anda tentang isu ini? Jom anya soalan anda tentang Bayi Prolong Jaundice dan benarkah ia berbeza dengan "breastfeeding-jaundice" bersama Dr. Yamuna Ramadas, Consultant Paediatrician di Hospital Ampang pada 21 Disember 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Yamuna Ramadas, Pantai Hospital Ampang.
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai Dr Yamuna, Anak perempuan sy sudah 43 hari pada hari ini dan masih lagi jaundice. Dia dilahirkan 36 minggu 3 hari. sy berdarah AB+ dan suami A+. Bacaan bilirubin masih lg 150 & keputusan darah utk prolonged jaundice adalah normal. Anak sy full breastfeed. Boleh sy tau, berapa lama tempoh maksima utk bebas dari jaundice? Sekiranya lebih dari tempoh maksima tersebut, ada kemungkinankah anak sy akan menghadapi masalah kesihatan yg lain? Harap doktor boleh jelaskan. Terima kasih.

Baca lagi