Ayuh, Ceritakan Kisah Anda!
Selamat petang Mommies! Selalu orang cakap cinta padang pertama tu selalunya kekal berpanjangan. Bila bertentang mata kali pertama tu terus terdetik di dalam hati “Dia lah orangnya” ? Anda semua mesti ada kan jalan kisah cinta dengan pasangan? Haa, jom lah kongsikan dengan kami macam mana anda boleh berjumpa dengan pasangan! Mesti banyak yang lucu dan menghiburkan hati. Jangan lupa gunakan hashtag#LOVEATFIRSTSIGHT di dalam post anda!
Saya dgn husband kenal 2010..sama kos masa diploma.. Tapi masa diploma tu dia ada gf.. Kosmate kami juga.. Tahun 2013 sambung degree dia masih dengan gf.. Tapi masuk sem kedua degree gf dia ada bf baru.. Husband frust sgt.. Dia slalu dok cerita luah prasaan kat saya.. Mase tu xde pape feel pn kat dye.. Dr kawan terus couple tahun 2014..after degree 2018 kami kahwin.. InsyaAllah bulan 4 ni baby 1st kami keluar.. Dr kawan ke bf ke husband😍
Baca lagiKenal melalui grab hahahaha 🤣 sy book grab dpt dia. masa tu sy dgn mak. saya duduk kat depan pandang dia dr siring dalam hati hensem jg tp malu2 haha last2 book grab lagi dpt dia jg. Sy save no dia sbb grab kan automatik ada nombor fon rupanya dia pun save no saya haha sy post gmbr kat status dia komen masa tulah saling kenal mengenali bercinta setahun tunang 2 minggu then khawin skrg dah ada anak 1 hehe 🤭
Baca lagi#Loveatfirstsight ...1st blinddate duduk meja untuk 6 orang - 5 kerusi ada org, antaranya 3 kawan kami yg tukang aturkan pertemuan. Kisahnya dia dok tunggu kerusi kosong tu siapa lagi nak datang...padahal dah depan mata kot. Kami orang tua2 tak main cinta dah...70 hari lepas tu terus nikah! Alhamdulillah syukur 16 Feb 2020 genap 2 tahun perkahwinan & sedang menunggu kelahiran baby pertama -anak no. 5!
Baca lagiSuami saya crush saya taw.. mula dia masuk kerja company yg sama sy dh start aim.. masa tu dia dlm 5 org baru masuk, actually yg lg 4 org tu ada antara yg hnsem lg dr suami, tp kalau dh kata cinta pandang pertama ye dok? Setahun tahan diri, tp dh rasa x boleh pendam sgt, confess jelah.. rupanya x bertepuk sebelah tangan😆3 bulan lepas tu bertunang tambah 2 bulan lg terus kawin🥰 #LoveAtFirstSight
Baca lagi23-07-2017 Saya kenal husband masa open house rumah kawan, masa tu saya tengah makan dia minta lalu sbb nak ambil beg n helmat tapi masa tu almaklumlahhh..saya tengah kusyuk makan..so dkt situ lah husband jatuh cinta pandang pertama dgn sekilas pandang🥰 lepas kejadian haritu dia terus minta no fon dkt kwn sya, dlm 5 bln lebih knal, 07-01-2018 datang merisik, 15-02-2018 kahwin.💖
Baca lagiSaya bukanlah cinta pandang pertama suami. Suami putus tunang sebulan sebelum berkahwin dengan gadis pujaannya. Selepas 3 tahun mencari pengganti, terjumpa saya di tempat kerja. First time ternampak suami, saya mmg terus fall in love dgn wajahnya. Then berkahwinlah kami in July 2019, and now expecting first baby in June 2020 #LOVEATFIRSTSIGHT only for me not my husband😅
Baca lagiKenal secara online. Tiba2 terasa niat nak cr kawan tp kenal dgn si dia. Sebelum kenal dia, actually x smpn lgsg niat nak kahwin. Jst nk jd single and bina kerjaya to be somebody. Bila dh lama kenal dgn dia, rs nk hidup dgn dia. Pdhal lelaki lain sebelum ni x prnh kuat niat nk kahwin. Lgsg takde. Risau juga time tu igt dh kena guna2. Tp best kahwin dgn dia sbb rs mcm ada kwn baik
Baca lagiKenal dengan husband berpunca daripada makcik saya 😂 Dia la pencari jodoh saya . Saya dari lepas stpm memang takda kekasih 😅 setelah 2 bulan kenal baru berjumpa . 2 bulan lepas tuh terus dia datang merisik + bertunang 😇 9 bulan kemudian kami bernikah . Perkenalan yang singkat . Memang memula tuh takda perasaan lansung , lepas kahwin baru rasa sayang tuh datang 😆
Baca lagiCinta jarak jauh... ( suami tinggal kat sandakan dn saya tinggal kat kota kinabalu )Berkenalan dalam facebook 😅, bercinta x smpai setahun jmpaa 5 kali saja, x nk bercinta lama sngat bt perancangan kahwin nk halal kan dn perdekat kan hubungan cinta jrak jauh tu... Alhamadulillah smua berjalan dngan lancar... Masa bercinta 25/10/2018 Halal kan hubungan (kahwin) 13/07/2019
Baca lagiDi jodohkan oleh ibubapa. Tak pernah jumpa tak kenal . Masa angkat nikah baru dapat jumpa. Dalam hati berdoa .ya allah adakah ini jodoh terbaik untuk ku. Rasa takut sangat . Berkenalan dan bercinta dalam berkawinan Syukur dapat suami yg memahami dan sayang ada anak isteri. Kawin pada 01.11.2014 Anak dah 2 . Sekarang mengandung anak ke3 16.08.2020 #LOVEATFIRSTSIGHT
Baca lagi