Hantar baby pengasuh

Selamat petang ibu2 semua, saya nak tanya bagi ibu2 yg bekerjaya macam mana ya ibu2 ada kekuatan untuk hantar baby pada pengasuh, saya first mom dan pjj dgn suami, family saya mmg tak setuju hntar pada pengasuh sbb risau dgn mcm mcm kes skrg, baby pulak baru 2 bulan lebih, saya dh nk masuk keja semula.. tp saya tak sanggup nak jauh dengan anak, kalau anak duduk dgn suami ada family tolong jagakan dia, kalau duduk dgn saya kena hntar pengasuh sbb saya jauh dari family..#ingintahu #seriusnanya

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Pernah alami situasi macam ni 5 tahun lepas. Saya duk sorang-sorang di selatan tanahair. Suami & family di pantai timur. Lepas bersalin saya bawak baby usia 3 bulan. Dalam tempoh sebelum sebelum masuk kerja saya dah survey pengasuh dalam Group Pengasuh. Siap skodeng FB beliau…saya mmg nak cari pengasuh yang boleh jaga anak saya dengan betul. Saya kaji peel perangai bakal pengasuh melalui fb beliau (posting dlm fb berkenaaan apa-apa isu). Saya kena pastikan saya tak salah pilih pengasuh sebab saya kerja shif, baby akn bermalam dgn pengasuh 2kali dalam seminggu. Dah jumpa yang berkenan saya pergi melawat rumah, tgk family dia macamana & kawasan kejiranan. Alhamdulillah ketemu dgn pengasuh yang memenuhi kehendak saya. Memang jaga baby saya dengan baik. Dan sekarang saya dah balik ke pantai timur & tak pjj lagi. Yang paling penting naluri seorang ibu semasa anak bersama pengasuh jgn abaikan…itu je la pengalaman saya. Semoga bermanafaat

Baca lagi