Alahan 2nd trimester

Sekarang nak masuk week 17. Selera makan saya takde macam orang lain 2nd trimester kuat makan. Berat saya juga tak naik malah turun. Nafsu nak makan ada tapi tak boleh telan/makan sikit je. Emosi saya pun jadi tak stabil, hari-hari nangis rasa gagal jadi mummy even baby belum keluar sebab saya sakit2 badan, semalam sakit urat, lepastu sakit punggung. Kadang2 ada spotting ulang alik pergi klinik sebab risau. Dengan infection lagi, hb pun low. Saya nak rasa enjoy pregnant macam orang lain. Ye saya tau lain pregnancy lain kena hadap, sekarang saya rasa tak kuat sangat. Badan dari hujung rambut sampai hujung kaki berubah. Selalu rasa lonely and bila cerita kat husband/family tak membantu saya. Saya perlukan semangat, saya cuma teruskan sebab baby dalam kandungan and nak baby grow healthy je #pleasehelp

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

faham. saya alahan sampai 3rd trimester. selalu tanya diri nape tak mcm org lain, enjoy je tgk diorg pregnant. penat, sakit satu badan, takleh tido malam, berat susah naik, hb pun low aje sampai 33w. setiap kali checkup kena soal tak jaga makan ke. padahal takleh makan lansung. mmg kalau cerita kat org lain, diorg tak faham. saya faham sgt perasaan tu. kdg tgk org lain makan apa yg saya teringin, tapi saya tak boleh nak telan pun nak nangis. so apa yg buat saya kuat sampai bersalin, saya cuba jgk cari benda yg buat saya happy. mcm saya ni bekerja, so apa saya nak saya beli sendiri. saya cuba untuk suka benda apa yg saya boleh makan. pergi tgk wayang, pergi spa ke apa. minta suami urutkan bila penat. ajak dia pergi jalan. sbb bila cerita apa yg kita rasa mmg diorg tak faham. cari kawan yg boleh luah instead of cerita kat family. so kita cuba je buat apa yg boleh bg kita happy

Baca lagi