Vaksin Pfizer Awal Pregnancy

Sebelum 2 hari temujanji vaksin Pfizer dos kedua, saya dapat tahu saya positif pregnant. Ikut perkiraan, dlm minggu kelima. Hanya guna test kit dirumah sebanyak 3 test yg berbeza. Tak sempat ke klinik. Hari temujanji vaksin, doc call pihak KKM tentang situasi saya, dinasihatkan utk tidak teruskan dgn vaksin kedua. Dibenarkan utk dapatkan vaksin pada minggu ke 14 -33. Dan saya harus ulang process vaksin pertama semula. Memandangkan situasi Covid 19 yg agak teruk di Malaysia, saya dan suami nekad utk teruskan dgn dos kedua sebab kami fikir risiko utk tunggu minggu ke 14 agak lama, memandangkan saya menetap di kawasan Selangor (high risk). Kami berserah pada Allah. Sekiranya ada rezeki, ada lah. InsyaAllah. Alhamdulillah, saya tiada alahan selepas dos kedua. Hanya terlebih aktif dan hyper utk dua hari, tidur pun agak lewat. Hari keempat setelah dos kedua, ada spotting (warna pinkish brown bersama lendir) waktu ke tandas, dan urine pun agak diluted. Pagi hari kelima saya test lagi guna test kit. Line positif dah makin samar. Tak seperti yg lepas². Saya tetap tawakkal. Hari kelima ni takda spotting. Pagi hari keenam, pergi tandas keluar darah brown. Tak pasti spotting atau apa. Hati tergerak mungkin dah takda. Saya test lagi, line kedua masih samar . Dan tiap kali ke tandas di panty liner ada brownish red tissues. Perut pun sakit semacam. Saya redha, saya belum direzekikan anak lagi, dan ini kali ketiga saya gugur. Tahun lepas gugur at 6 weeks, 3 bulan lepas at 3 mths (fetal heartbeat stopped) dan kali ni. Alhamdulillah, kandungan saya masih muda. Risiko pada diri saya tidak tinggi. Allah masih sayangkan saya. Saya pasti ada rezeki nanti. InsyaAllah. Buat masa sekarang, saya rasa vaksin adalah sangat penting lagi² utk yg ttc dan pregnant mums. Doakan saya diberikan rezeki anak dan kandungan yg sihat selepas ini dan dipermudahkan segala urusan saya dan suami. Terima kasih untuk yg mendoakan kami. Dan saya doakan semua yg membaca diberikan kemudahan utk melalui process ttc, pregnancy, dan diperkenankan segala doa kalian. Ameen Ameen. #pregnancy #vaksincovid19 #TTC

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy pon xtaw preggy time dpt second dose vaksin..Sbb masa tu belom lps date delay period lagi..lps 4 ari vaksin bru taw preggy...after 1 week vaksin keluar spotting...2x pegi klinik doc bg ubat kuat rahim sbb doc pon xtaw ni sbb effect vaksin or sbb penempelan..dkt 10 hari jgk la spotting..tp..alhamdulillah baby kuat...skg dah 18weeks dah 😉

Baca lagi
3y ago

Alhamdulillah.. Semoga smooth perjalanan awak.

syukur saya tak jadi apa apa lepas vaksin dose 2. Dapat tahu 2 hari sebelum vaksin saya positive pregnant and continue je ambil vaksin(sinovac)

3y ago

Alhamdulillah sis. Semoga dipermudahkan.