Betul penyusuan susu membantu pengecutan rahim dgn cepat. 10 hari selepas bersalin, nurse cek rahim saya dah kecut. 2 minggu lepas bersalin CL ckp perkara yg sama. Sebulan selepas bersalin, doktor pun kata perkara yg sama.
Untuk pam saya tak pasti. Pendapat saya, untuk 1st month selepas bersalin, better susukan anak dgn direct breastfeeding untuk pengeluaran susu ibu dgn baik. Dan bonding antara ibu dan anak.
Ibu yg menyusukan anak ni, pemakanan kena jaga dan kerap bersenam. So, boleh maintain BMI yg ideal.
Kalau menyusu je tapi tak jaga makan dan kerap bersenam, tak jadi juga Impian kurus dengan sihat.
Ada je kurus sbb sakit ye. Saya salah seorang selepas bersalin berat badan turun mendadak ke underweight . Bila check dgn doktor, saya glucose intolerance. So kena kawal pengambilan gula dan tinggi karbohidrat seumur hidup. Kalau tak kawal, bila2 bacaan gula dlm darah saya naik oengkat ke diabetes. Alhamdulillah 2 tahun lebih kawal pemakanan, senam, puasa, elakkan stress, berat badan pun dah naik ke BMI normal. Syukur. Bacaan gula pun range normal tapi masih buat check up 6 bulan sekali
Menyusukan anak dgn susu ibu tu termasuk direct breastfeeding dan pumping milk.
Baca lagi