Meh peluk 🥹 boleh faham sebab me & husband pun struggle kewangan. Saya dapat tahu saya pregnant seminggu lepas saya hantar surat resign. Tapi saya tak teruskan cari kerja baru sebab dah tahu tak banyak company nak accept pregnant woman.
Maka bermula lah episod tak cukup duit. Dulu gaji bersih saya 3.1k, tapi lepas jadi suri rumah mmg bergantung 100% dgn husband as a rider. Sebab sepanjang kerja pun kitorang banyak tong tong sbb yelah baru kahwin kan. Banyak pakai duit. Dengan dia pulak masa tu accident, sebulan jugak tak kerja.
Dari awal pregnant sampai lah sekarang dah 8 bulan, kitorang beberapa kali gaduh pasal duit. Dia pun stress bila saya asyik cakap pasal duit, lagi pulak due hujung tahun ni sekali servis kereta + renew insurans 🥲
Tapi alhamdulillah, gaduh2 pun tak teruk mana. Dia macam, saya dari awal dah redha kalau kena downgrade lifestyle. Setakat ni tak pernah lagi berlapar atau ikat perut. Meminjam duit orang pun tak pernah. Subhanallah, saya selalu amazed yg walaupun kitorang ni tgh sengkek tapi rezeki sentiasa datang dari macam2 sumber. Tapi at one point, saya jadi fed up so setiap kali saya emo tu lah kitorang akan gaduh.
Apa yang saya selalu buat, saya support dia. Saya tak push dia sangat walaupun dalam hati ni dah risau sebab barang baby tak cukup lagi. Tapi husband selalu cakap, as long as saya redha dgn dia, insya allah rezeki dia akan lancar. Saya cuma boleh tolong dari segi mental dia lah kot. Sbb dia pun tak culas bagi nafkah. Bila dia balik, saya make sure rumah kemas. Makanan dah hidang. Dia nak tido, saya picit2 sikit blkg dia. Cuma kalau saya tak larat tu saya tak buat lah. Dan dia pun tak pernah complaint sbb dia pun faham saya penat. Sama2 penat masalahnya 🤣 tapi itulah, toleransi tu penting.
Saya anggap ni ujian. We can do this, insya Allah. Semoga lepas kelahiran baby ni rezeki kita melimpah ruah dari setiap sudut.
Yang penting jangan gaduh2 dgn suami. Nanti dia stress kita pun stress 🤣 banyak2 doa, dan sabar 🥹
Baca lagi
Preggers