21 Balas
Pacifier atau puting kosong boleh digunakan untuk membantu menenangkan bayi dan membantu mereka untuk tidur. Namun, ada risiko jika penggunaannya berlebihan terutama selepas bayi berumur lebih dari 6 bulan kerana ia boleh menyebabkan masalah pertumbuhan gigi dan rahang. Untuk mengelakkan gigi anak menjadi jongang, adalah disarankan untuk berhenti memberikan pacifier apabila anak mencapai umur sekitar 6 bulan hingga 1 tahun. Selain itu, penggunaan pacifier yang betul seperti jenis orthodontic boleh membantu mengurangkan risiko masalah pertumbuhan gigi dan rahang. Ibu boleh berbincang dengan doktor kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang penggunaan pacifier yang betul bagi anak. Jadi, adalah baik untuk memikirkan untuk berhenti memberikan pacifier kepada anak apabila dia mencapai usia yang sesuai bagi mengelakkan gigi menjadi jongang. Semoga perkongsian ini membantu! #parentingtips #momcommunity #parentingjourney https://invl.io/cll7hzz
anak sya setahun lbih memuting puting kosong,bnyak lh orng tegur ckp nnti Gigi tk cntiklh,siap compare kn anak sya lh apalh,sya stress,perlu ke nk compare stiap anak,smua ank tak sma, first anak sya niat tknk bgi puting but day by day klau dia hbis menyusu mesti menangis klau boleh puting susu tu sntiasa ada kt mulut dia,sya smpai nk mkan mandi apa smua susah,stress prasaan tk terkawal,air susu kurang sbb fkir bnda ni,smpai akhir nya mnta bapa dia belikn puting kosong,syukur satu mlm tu dia Lena tdo tnpa ganggu kmi orng tdo,lpas setahun lbih dh naik drah dngar orng compare anak sya,sya trus bgi anak stop memuting,slow2 ajar dia lpas,and skrng pun dh terbiasa
anak saya masa newborn-6 bulan guna pacifier avent .. 6bulan-1tahun guna pacifier tommee tippee .. ngam² masuk setahun , anak saya putus puting.. bapaknya letak halia+bawang putih dekat pacifier 😂 anak saya hisap pacifier hanya waktu tidur sahaja..bila dia dah tidur, saya akan cabut pacifier tu.. apa yang saya perasan, bahagian gigi depan dia tak rapat ( tumbuh senget) . mungkin itu disebabkan penggunaan pacifier
Pacifier ni kalau pakai cara yg betul tak ada isu , tp jgn la ank dah 4 tahun masih nk guna pacifier. Sampai masa nanti slowly cerai puting. Kenalan saya bg anak pakai puting tak kira masa smp jongang. Last jumpa doctor gigi. Doctor gigi yg nasihat kat budak tu baru la cerai puting. Nmpk la gigi ke depan sikit. Gigi susu dah tanggal, belum nampk lagi gigi kekal tumbuh. Memby take times.
saya bagi puting ortho jugak. anak saya wean off time umur 1y2m sbb dia gigit puting sampai putus seminggu jugak tiap malam menangis nak puting tapi saya bgi ja puting rosak tu simpan 2 minggu tunjuk kat dia pastu lama² dia terbiasa tak guna puting dah. skrg 1y6m kdg dok hisap jari saya tarik kesian jugak tp dah alang² rosak tu proceed wean off jelah
saya bagi je, brand tommie tippee advanced sensitive soother. elok dia tidur ada puting takda nak bergantung kat nipple, kalau tak satu kerja pun mak tak boleh nak buat nanti.pasal jongang saya tak heran pun, adik beradik saya semua pakai braces, kalau anak saya gigi tak cantik maybe genetic, sampai masa pasang je la braces apa susah😂
ramai kata macam tu, tapi sekarang dah ada puting orthodontic tu. so should be takde masalah. saya dulu bagi je puting kat anak sbb anak asyik nak melekat je. sakit pinggang, tidur pun tak lena. dari situ akan kacau emosi. jadi, untuk lindung dia, saya bagi je puting. at least emosi saya stabil waktu jaga baby ♥️
ye jadi jongang kalau pakai tempoh yg lama sampai 4 5 tahun. Anak buah sy sampai lelangit atas jadi V sbb lama sg memuting. Dari abg ke adik nya mcmtu, mak ayah tak jongan, takda keturunan jongang pun. Tp sbb lama sgt hisap puting, lelangit dia pun jd tak normal.
saya punya anak sampai umur 3 tahun setengah masih hisap puting. alhamdulillah tak de jongan pun. saya yg tak hisap ni yg jongan sikit. 😅 apapun sebenarnye tergantung pada awak jugak. penjagaan gigi anak pun penting.
xde kena mengena pun pacifier dgn jongang. ank sy dari lahir smpai umur setahun lebih dgn pacifier..elok je gigi ank. lagipun gigi susu kan. nanti dh naik gigi kekal takkan nk hisap pacifier lg.
Anonymous