SANGAT BUNTU ,

saya sedih sangat , anak saya bacaan kuning dia tinggi 206 , lepas 3hari check balik 202 , turun takat tu je 😭 saya beri dia susu badan , baby saya pula jenis tidur malam tu kejap2 je tak sampai 5 minit dah bangun . time tu juga saya kerap susukan dia 🥺 . susu saya pula belah kiri je okey , belah kanan puting x ada . tapi saya tetap paksa susukan ( skg berdarah dan bernanah ) . saya betul-betul rasa down sekarang . berpantang pula sendiri , kalau suami pergi kerja tinggal saya sendiri je kat rumah 😭 saya rasa macam nak beri je susu formula dekat anak saya 😭 tapi risau nanti check kat kk , nurse tanya 😭 saya buntu #bantusharing #pleasehelp #ingintahu

68 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Cuba bagi susu kambing brand karihome rumusan khas utk bby. Kwn2 sy bg kat bby diorg. Alhamdulillah. Kuning anak menurun dengan cepat. Tapi apa2 pun bergantung kepada keserasian bby. Kena try n error jugak. Awk jgn stress2. Follow the flow je. Hiraukan nurse nk bebel ke apa. Asalkan awak punya mental ok. Happy melayani hari2 berpantang awak.

Baca lagi
11mo ago

sy pun suggest karihome . ank sy dlu pun kuning tinggi. alhamdulilah serasi . but kena try and error dekat anak juga

Hye, boleh cari lactation counselor yg berdekatan dgn tempat puan atau pun bolehbsearch dkt tiktok lactation counselor. InsyaAllah dorg boleh tolong. Saya share tt name dorg ye. - feewellnesscentre - nursyuhadathobari Saya yakin sis boleh. Jangan give up ye! Saya pun dulu takde nipple, anak suck sampai luka berdarah.

Baca lagi

anak sy lahir 12.11. 23, prolonged jaundice.. kerap bagi susu badan, bacaan turun naik,.hari² pergi klinik.. misi syorkan sy bg susu formula utk anak berak .. at least 6-7kali sehari.. alhamdulillah, hari ke 32 ,baru bebas jaundice. campurkan dgn susu formula. kalau susu badan saja, anak memang kurang berak.

Baca lagi

sis, cuba minum susu kambing. lepas minum susu kambing try susukan baby. saya dpt petua ni dr kakak sedara sy. anak dia kena tahanwad dua bulan sbb kuning. alhamdulillah lepas ikhtiar minum susu kambing dan susukan baby , baby trus turun kuning dan dah blh dscaj wad. kita ikhtiar ya sis. semoga allah permudahkan

Baca lagi
11mo ago

saya juga follow petua ni. asal petua ni dr ustaz haron din. alhamdulillah anak first saya xda kuning. 3 hari sj cek utk kuning di kk dan x perlu cek lagi utk kuning. saya minum susu lazz susu kambing.

kalau anak prtme sy dlu pn mcm ni..kuning tinggi sgt2..smpai dokter nk ambil sample air kncing dy bagai...last2 sy try bg mkn anggur hitam..air dy tu bgus tuk hilangkn kuning bby... n sy bgi mndi air sirap... alhamdulillah esokkn g klinik kuning bby oke...tpi kne buat sokmo2 lha☺️

mandikan air biasa je puan selama dia kuning and bilas air badak. insyaallah turun banyak. anak saya saya da try daya tgk org komen dekat tiktok hehe. kerapkan bg susu badan, kalau nak campur formula pun boleh. macam saya saya bg frisolac org kata boleh bantu turun saya pun beli

Ramai doktor suggest bagi susu formula turun kn kuning. Dulu anak first saya bg susu badan okay je turun, yg no dua lambat sikit turun. Bagi susu formula baru dia berak banyak tak sampai seminggu dah discharge dari kuning. Sis boleh campur susu badan dgn formula selang selang.

awak jangan la stress. lagi awak stress lagi susu bdn berkurang. kalau awak rasa penat boleh je bagi susu fm. tak salah pon bagi susu fm dear. tak perlu risau apa nurse kata. ignore je okay. lagipon nipple awak dah luka. saya takut lekapan baby salah. itu yg menyebabkan luka.

baby saya pun dekat 10 hari baru turun.. first time mommy juga.. saya campur susu badan dan susu formula.. gilir-gilir sebab taknak bengkak susu.. susu kanan saya pun tak ada puting & crack.. kuat semangat mommy.. turun nnt bacaan tu..

Bg je sis susu formula dpd sis lebih stress x salah pon anak sy pon sy topup formula masa awal awal hari tu sbb susu sy lmbat keluar nurse x marah bg taw je benda betul. Jgn suap yg bukan bukan kat baby ye kesian dia kecik lagi mandikan air daun kucai in shaa allah turun