Susu badan

Saya nak tanya. susu badan saya cepat habis. Saya ada mkn milk booster. myb cara saya pump buat dia x memberangsangkan sgt. Saya ada beli 3 jenis milk booster. X pe ke mkn 3 jenis tu dlm satu hari? Atau kena fokus yg satu jenis je? Kira 1 mkn pg 1 t.ari 1 mlm #ingintahu #firstmom #bantusharing #breastfeedbabies

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Maaf ye buat disini saya nak betulkan sedikit tentang tangkapan yang salah terhadap milk booster, milk booster tidak akan membantu banyakkan susu kecuali ibu merasa suka atau gembira makan milk booster itu.. penghasilan susu bergantung bagaimana ibu menjaga jadual pump susu.. milk booster ni boleh di kategorikan sebagai makanan favorite ibu, makan apa sahaja yang buat ibu gembira.. sebab apa gembira ? Hormon polaktin akan membantu ibu merasa mood yang gembira, oleh sebab itu sering kali kita dengar orang kata jaga emosi jangan stress nanti akan menjejaskan hormon.. Hormon ni akan berhubung dengan otak, jadi Hormon ni boleh tahu ibu happy atau tidak.. ( ini ringkasan yang saya faham, jika puan ingin tahu lebih lanjut tentang penyusuan saya sarankan puan rujuk instagram puan noorfazila_bt_abdul_rahman di sana ada banyak nota penyusuan ibu, good luck semoga berjaya 🫰🏻 )

Baca lagi

kena Cari apa yg buat sis bahagia... sbb sy pun dlu mkn milkbooster xla membantu sgt ... sy bnyk mkn nasi, mnum air suam bnyk2,.. mkn durian (jdi milkbooster msa dlm pntang je) ttb susu jdi meriah & pekat mcm yogurt tu 😆 tpi xmkn selalu takut panas Bdn Lak... coffee sbb sy mmg suka coffee...tapi yg ni Kna try error sbb kt sy mmg jdi bnyk susu tpi anak pulak xtdo mlm lps tu 😅 trus sy pump buat emergency stock ja susu yg lps sy mnum coffee tu...dpt dlm 15oz jugak la... lain2 tu depend pda Bdn sis jugak...kalau terlalu penat, stress pun boleh bantutkn pgeluaran susu ...

Baca lagi

hi awak.. sy breastfeeding advocate.. 1st sekali yg awak kena paham adalah konsep penyusuan susu ibu.. iaitu DEMAND (permintaan) vs SUPPLY (bekalan/penghasilan/pengeluaran). bahasa mudah xde permintaan maka xde la pengeluaran susu badan awak. kita makan p la apa2 pon milkbooster tp kita xjaga demand & supply.. maka susu badan akan makin berkurang. baby directfeed or awak totally pump? berapa kerap awak pam dalam sehari? cuba share dgn sy?

Baca lagi
2y ago

kalau awak betul2 nak bagi susu badan..jadual pam mmg kita kena jaga awak.. mmg xde istilah xsempat atau apa.. boleh cuba tukar kepada handfree pam.. yg boleh pam dimana2 sja dan tak menganggu waktu mommy berkerja..sy mommy yg berkerja juga.. dan sy berkerja dalam bidang contrustion site.. dan perlu ke site awak.. sy dikelilingi dgn rmi lelaki.. sbb sy nekad mmg nk bg fully susu badan sy usahakan smpi sy berjaya awak..

Saya tak percaya pada milk booster. Tp percaya pada niat & kesungguhan. Nk mnyusu ni xbole skip jadual pam..xbole stress..xbole nak tergesa2…mood sangat mainkan peranan. Pemakanan yg seimbang & makanan2 lain yg bole buat ibu rasa gembira. Bukan booster. Air pun kena minum banyak..

TapFluencer

Tak pasti kalau mommy lebih ambil 3 jenis. Pengalaman saya booster ni kadang tak boost sangat pun. Kena kerapkan menyusu dan banyak minum air. Apa pun mommy kena makan makanan yang seimbang juga. Cuba makan lobak putih. Ada orang menjadi, saya tak pernah belum pernah try.

2y ago

sy prefer ke sup lobak putih.. die lagi rangsang susu byk sikit dri milk booster.. sbb seblom ni mse pantng hri2 mkn sup lobak putih alhamdulillah menjadi.. but now try milk booster xde ou.. sbb die ikut antibody bdn jugak milk booster product mcm jelly ke ape kan.. but for sure yg air rebusan tu elok n sup lobak putih pun elok🥰

milk booster ni xsemestinya mbantu..dia kna dr ibu tu sndri..mindset kna kuat..selalu fkir positif fkir susu byk je slalu..insyaALLAH susu akn tetap ada

milk booster xsemestinya bole bykkan susu..milk booster dtg dr bdn ibu tu sendiri

Soalan ni kena tanya doktor sis. Ahli farmasi ke.