Kerja selepas habis pantang
Saya nak tanya. Sekarang ni saya df campur fm. Malam saya df anak, waktu siang usually banyak guna fm dan sambung df jika tak cukup. Saya perasan kalau waktu malam susu badan saya lagi banyak berbanding siang sebab malam sampai susu badan keluar sendiri tapi siang tak. Hujung bulan ni saya akan masuk kerja semula. Jadi soalan saya, takpe ke kalau saya tak pump susu sepanjang saya kerja tu? Ada apa apa kesan ke? (Cth susu badan akan kurang sebab tiada demand atau susu bengkak?). Saya rancang untuk df anak waktu malam, sebelum gerak kerja dan selepas balik kerja untuk pastikan supply susu tu ada. Saya tak nak pam masa kerja sebab pam yang sekarang ni macam tak sesuai nak guna dekat ofis sebab tak friendly user, bukan wireless (kena guna USB plug), bunyi kuat (segan nak pam nanti sebab bunyi kuat). Saya beli pam tu pun selepas lahirkan anak sebab nak test and beli yang paling murah je waktu tu. Nak beli yang wireless, handsfree buat masa ni tak ada bajet lagi. Mungkin tunggu next gaji . Tolong bagi pandangan dan cadangan. Terima kasih. #firsttimemom #firstbaby