Due date dah dekat tapi masih bekerja

Saya nak meluah😢 Haa ada tak mommies dlm 2-3 hari lagi nak beranak tapi masih bekerja??? Due date saya 31/3/24. (Firstime) Boleh ke kalau saya nak berniaga sementara belum ada tanda nak bersalin lagi? Kerja berjualan makanan dkt bazaar ramadhan ja. Saya takde gdm Berat badan dan keadaan baby buat masa ni normal. Cuma HB sy rendah dlm 8.2 (Thalassemia Carrier) Saya nak berniaga selagi larat sebab nak bantu suami dan barang2 baby pun belum lengkap lagi tu yg membuatkan saya risau. Last week scan kepala baby dah dekat bawah. Tapi takda rasa apa2 tanda bersalin lagi. Contraction pun langsung takde rasa buat masa sekarang ni. Saya taknak minta sedekah pun, cuma nak minta pendapat sahaja samada sy perlu berehat (bedrest) atau boleh kerja lagi sbb due date dah dekat😢 Saya nak usaha cari income selagi mampu in Syaa Allah 🤲🏻 #firstmom

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya due 30/3 tapi bakal czer 16/3 nanti. 3 kali weekend bulan lepas saya buat kuih raya yang customer order, beribu biji kuih saya buat. suami pun ada bantu. cari duit tambahan untuk kenduri aqiqah nanti. selalu saya open order bulan puasa tapi kalini awal sikit. minggu ni dah 36 weeks, saya dah start rehat kat rumah sebab perut pun dah kerap mngeras, kaki pun cepat bengkak kalau berdiri lama. 2 minggu ni memang saya nak rehat je sebelum czer nanti. kalau sis larat boleh berniaga, tapi ada risiko nak pitam sebab hb low. bulan puasa saya suggest jangan puasa dulu, ganti la nanti. makan ikut time, air minum banyak musim panas ni, hb 8 rendah sangat tu.

Baca lagi