Masih belum hamil

Saya mempunyai 2 orang anak. Selepas melahirkan anak kedua, saya mengambil pil perancang dan mengamalkannya selama 2 tahun. Selepas itu, saya berhenti ambil pil perancang dan cuba untuk merancang sendiri. Selepas 7 bulan, saya dan suami merancang untuk dapatkan zuriat lagi tetapi sehingga kini saya masih belum berjaya hamil. Apakah sebabnya? Adakah saya mempunyai masalah hormon?

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya ambil pil perancang hampir 3 tahun stop bulan oktober tahun lepas..bulan januari tahun ni dah lekat tapi mungkin bukan rezeki saya untuk melahirkannya..saya baru je keguguran..sepatutnya due september nanti anak ketiga saya..😢 Apa²pun saya doakan sis akan lekat tak lama lagi ye..amin.