Susu badan

Saya masih dalam pantang. Hari ke 22 harini. Saya nak bertanya berkenaan susu badan. Susu sy sentiasa menitik sampai basah baju, baby saya pun hisap okay sahaja tp tkkan dia nak menetek 24 jam kan. Patut tk saya pump, tp tkde la bnyak sangat saya boleh kot ( 10 minit 4 oz ) tp dia selalu la basah baju nie sampai rimas saya. Patut ke saya pump sebab org cakap kalau sy pump makin bnyak nanti. Apa ibu ibu buat biasanya ? Baby saya pun tk brapa suka time susu bnyak sngat sampai terbelahak dia. Kalau sy pump dulu sikit baru dia suka. ##firstbaby #firstmom

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya masa awal haritu sama mcm sis , saya pump 4 jam sekali then simpan sebab nak elak bengkak susu . Sekali pump 5oz saya dpt both breast sebab 2 jam sekali saya menyusukan . After sebulan 3 jam sekali dia minum susu . Susu yang saya pump saya panaskan bila keluar mana2 untuk mudahkan baby minum . Kdg terpaksa tinggal baby sebab urusan klinik atau keperluan lain yang kena ke tempat sesak . At least ada susu untuk dia minum even tak df .

Baca lagi
2y ago

Itulah. Sy cuba tahan untuk pump jadi sakit. Walaupun saya tk pump 4 jam sekali. Time rasa nak bengkak tu saya pump jugak sehari sekali atau dua. Terima kasih atas nasihat itu puan. 😍

TapFluencer

Hi mommy. Saya pun pernah alami. Memang rimas nak lagi pakai bra basah je. Kalau pengalaman saya pump sebab nurse nasihat kena kosongkan breast. Memang susu banyak time tu. 4onz pun kira banyak, mommy. Kalau saya guna silicone collector juga tapi tak jalan untuk kosongkan breast. Nak tak nak saya kena pump.

Baca lagi
2y ago

Saya pun rasa pump jugak sikit sebab bila tk pump keras jadi sakit 🥲. Terima kasih puan

TapFluencer

pump je sis. saya buat at least sehari sekali, susu tu pun saya guna bila baby nk menyusu waktu saya tgh berurut or ada kerja lain. pastu pakai breast pad, ganti2 lah kalau dh basah sangat. takde la tak selesa

dlm pantang mmg tak perlu pump sbb baby umur tu tak minum byk. nnt byk sgt boleh jd bengkak susu. utk elak bazir boleh try guna silicone collector letak dlm bra. so bila menitik tu boleh simpan dlm storage bag

2y ago

Saya dah letak silicon tu tp t*t*k jadi bengkak jugak. Sy tk pump bila bila, sy terpaksa jugak pump sehari sekali time sy rasa nak jadi sakit tu dan tk selesa sngat. Tp sy cuba untuk tk pump. Terima kasih puan.

better pump sis utk keselesaan ibu dan anak . susu yg pump tu boleh juga bagi dkt anak . saya kalau susu byk smpai basah baju . saya pump je . nanti susu akan berkurang sikit dan ibu pun tak rasa rimas

sy pon camni. sy pam manual je and then susu tu simpan dlm freezer and guna kalo time nak keluar rumah .

2y ago

Okay mummy. Selepas habis pantang adakah susu makin bnyak ? Atau susu akan jadi okay okay dah ? Atau ia akan berlarutan macam ni ?

Rezeki tu sis. Sy tk byk susu teringin nk mcm ni

2y ago

Alhamdulillah. Saya doakan sis dapat menyusu anak sis sampai 2 tahun.